Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan pelbagai inisiatif ekonomi sangkal dakwaan Malaysia negara yang gagal

-

KUALA LUMPUR: Kejayaan pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk mengukuhka­n ekonomineg­aratelahte­rbukti, sekali gus menyangkal tohmahan kononnya Malaysia adalah sebuah negara yang gagal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelan ekonomi kerajaan yang berpandang­an jauh serta langkah proaktif yang diambil dalam melaksana keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran luar.

“Ini telah terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017. Prestasi ini disokong terutamany­a oleh perbelanja­an sektor awam,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN- Jasin) yang ingin tahu tahap kebarangka­lian Malaysia mencapai status negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) bahawa ekonomi negara akan kembali mantap.

Najib berkata baru-baru ini, IMF telah menyemak semula unjuran pertumbuha­n ekonomi negara bagi 2017 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus manakala Bank Dunia meramalkan unjuran pertumbuha­n KDNK Malaysia kepada 4.9 peratus, berbanding unjuran asal 4.3 peratus.-Bernama

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada Rabu.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia