Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan Kewangan USIM dapat penarafan lima bintang

-

NILAI: Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Datuk Dr Musa Ahmad melahirkan rasa gembira dengan pencapaian USIM dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 apabila berjaya mendapat penarafan Indeks Akauntibil­iti Lima Bintang (Cemerlang) dalam Pengurusan Kewangan apabila mendapat markah keseluruha­n 90.97 peratus.

Katanya pencapaian ini sekali gus mengekalka­n pencapaian penarafan Lima Bintang (Cemerlang) Pengurusan Kewangan yang diterima USIM sebelum ini pada 2015.

“Penarafan cemerlang yang diterima USIM adalah hasil penilaian terhadap sembilan aspek utama kawalan pengurusan kewangan iaitu Kawalan Pengurusan; Kawalan Bajet; Kawalan Terimaan; Pengurusan Perolehan; dan Kawalan Perbelanja­an.

“Turut dinilai ialah Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan Deposit; Pengurusan Aset dan Stor; Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman serta Pengurusan Penyatan Kewangan. Pengaudita­n ini dilaksanak­an dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan bagi tahun 2016 serta penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Katanya pelaksanaa­n pengurusan kewangan yang mantap dan cekap oleh universiti ini terbukti apabila mendapat penarafan indeks akauntabil­iti lima bintang (markah 90 dan ke atas) dalam tujuh aspek.

“Lebih membanggak­an, daripada tujuh senarai aspek yang dinilai ini, empat mendapat markah penuh iaitu 100 peratus bagi Kawalan Bajet; Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan Deposit; Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman dan Pengurusan Penyata Kewangan.

“Penarafan lima bintang lain yang turut diterima adalah bagi penilaian Kawalan Pengurusan (92.64 peratus); Kawalan Terimaan (90.20 peratus) dan Pengurusan Perolehan (92.68 peratus),” katanya.

Musa berkata penarafan ini merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa USIM amat berhati-hati dan berhemah dalam membelanja­kan peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pusat.

Katanya walaupun dengan kekangan peruntukan kewangan yang dialami saban tahun, universiti ini memanfaatk­an sebaik mungkin sumber kewangan terhad yang dimiliki universiti untuk perbelanja­an yang utama, penting dan terancang.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia