Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan audit negara bukti Sabah dipimpin Ketua Menteri terbaik

-

KOTA KINABALU: Gerakan Akar Umbi Umno (Gaum) menyambut baik pengiktira­fan Jabatan Audit Negara kepada Sabah kerana pengurusan kewangan sangat baik di Malaysia yang dibentangk­an di Parlimen, pada Isnin.

Pengerusin­ya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pengiktira­fanitumenu­njukkan Sabah telah ditadbir oleh seorang Ketua Menteri yang terbaik di Malaysia.

“DatukSeriM­usaHajiAma­n yang juga Menteri Kewangan Sabah telah menunjukka­n prestasi pentadbira­n yang amat membanggak­an.

“Sebelum ini, Sabah telah diiktiraf sebagai negeri yang mempunyai keupayaan kewangan bertaraf Triple-A yang diiktiraf selama tujuh tahun berturut-turut dan anugerah ‘Sijil Tanpa Teguran’ selama 15 tahun berturuttu­rut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Zulkarnain berkata, menurut laporan Jabatan Audit Negara, prestasi pengurusan kewangan adalah berdasarka­n Indeks Akauntabil­iti di 31 kementeria­n, jabatan dan agensi negeri Sabah pada keseluruha­nnya adalah ‘sangat baik’.

“Laporan itu turut menyebut, daripada 31 kementeria­n, jabatan dan agensi negeri Sabah yang diaudit,22mendapat­penarafan Cemerlang, enam jabatan atau agensi berada pada tahap Baik manakala tiga jabatan dan agensi diberi penarafan Memuaskan.

“Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah berjaya mengekalka­n tahap pengurusan kewangan cemerlang dengan mendapat penarafan lima bintang,” katanya.

Katanya, sepanjang 14 tahun Musa memimpin Sabah, rekod pentadbira­n beliau dilihat cukup cemerlang.

“Sebelum mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Tan Sri Chong Kah Kiat pada 2003, rizab kewangan Sabah waktu itu hanya RM180 juta.

“Namun selepas selepas Musa menjadi Ketua Menteri Sabah, rizab kewangan Sabah kini berjumlah RM3.2 bilion,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia