Utusan Borneo (Sabah)

Lembaga pengarah 1MDB urus bayaran kepada IPIC

-

PUTRAJAYA: 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) akanmengur­uskanpemba­yaran kepada Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, pembayaran itu, yang dijadualka­n pada 31 Julai, 2017, diuruskan di peringkat lembaga pengarah 1MDB.

“Biarlah mereka selesaikan masalah ini, ia adalah soal syarikat. Jika mereka kata mereka akan mampu membayarny­a, biarlah kita tunggu mereka bayar,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 di sini, pada Selasa.

Mengenai sama ada dana awamakandi­gunakansek­iranya 1MDB mahu mendapatka­n bantuan kerajaan, beliau berkata, pihak 1MDB tidak berjumpa dengan Menteri Kewangan.

“Anda tidak akan membantu mana-mana pihak jika mereka tidak bertemu dengan anda. Ini sewajarnya tidak menjadi isu ketika ini kerana ia diiuruskan oleh peringkat lembaga pengarah,” katanya.

Dalam kenyataan semalam, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) berkata, ia telah memaklumka­n secara bertulis kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC, mengenai pembayaran yang dijadualka­n pada 31 Julai, 2017 yang sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana sewajarnya.

1MDB berkata kesemua bayaran kepada pihak IPIC itu akan menggunaka­n hasil yang dikumpul menerusi pelan rasionalis­asi 1MDB.

Laporan sebelum ini menyatakan 1MDB diberi tambahan lima hari bekerja untuk menyelesai­kan pembayaran itu, yang merupakan sebahagian penyelesai­an membabitka­n pertikaian hutang, berjumlah AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion). — Bernama

JOHARI ditemu bual pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Focus Group Budget 2018: Mengurangk­an Kos Menjalanka­n Perniagaan di Kompleks Kementeria­n Kewangan, Putrajaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia