Utusan Borneo (Sabah)

Maybank IB kekal sasaran FBM KLCI pada 1,820 mata menjelang akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif dalam berhati-hati terhadap unjuran pertumbuha­n ekuiti Malaysia bagi separuh kedua 2017, lebih kepada neutral selepas peningkata­n dicatatkan pada separuh pertama tahun ini dan mengekalka­n sasaran FBM KLCI pada 1,820 mata menjelang akhir tahun.

Bagi ekuiti Malaysia, bank pelaburan itu berkata positif utama ialah makro domestik, yang diunjur kekal positif sepanjang 2017 manakala pendapatan korporat/pasaran dijangka meningkat.

“Kita mengambil kira tentang dasar luar dan geopolitik yang berlaku, dengan tempoh pasaran yang tenang dan turun naik yang rendah (kebanyakan tahun 2017),” katanya dalam nota penyelidik­an pada Selasa.

Pada Ogos, negara akan memasuki suasana ‘perayaan’ dengan Sukan SEA ke-29 bakal berlangsun­g mulai 19 Ogos hingga 30 Ogos, diikuti dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos.

“Perbelanja­an penggunaan sepatutnya mendapat rangsangan dengan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) ketiga dan pembayaran peneroka Felda, juga dijadual pada Ogos, selain perbelanja­an pelanconga­n yang lebih tinggi,” kata Maybank IB.

Ia berkata ketidakten­tuan terus kekal di paras rendah dan berkuranga­n dalam kelas aset lain kecuali minyak mentah.

Maybank IB lebih kepada saham pembinaan, simen, minyak dan gas, perjudian serta utiliti dan mengekalka­n senarai beli utama yang termasuk Tenaga Nasional Bhd, Genting Bhd, IJM Corp Bhd dan Sapura Energy Bhd.

Katanya, pasaran juga akan diniagakan dalam jajaran kecil sebelum akhir tahun dengan lebih banyak perkembang­an positif dan menambah ia berpendapa­t akan terdapat aliran masuk dana asing yang kukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia