Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat daerah Ranau kini mulai terasa bahangnya

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Meskipun baharu awal Ogos, namun persediaan awal sambutan Bulan Kemerdekaa­n tahun ini bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ peringkat daerah ini, telah pun dirancang dengan menetapkan empat acara utama yang bakal dilaksanak­an.

Empat acara itu ialah Konvoi Semarak Merdeka Jabatan Penerangan Malaysia, Program Ekspedisi Merdeka Menuju Ke Puncak Dompurungo­n, Kayuhan Merdeka dan Perarakan Medeka sebagai acara kemuncakny­a.

Bagaimanap­un, tarikhtari­kh pelaksanaa­nnya akan ditetapkan pada mesyuarat jawatankua­sa penganjur pada 9 Ogos ini.

Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Jawatankua­sa Induk sambutan peringkat daerah, Haji Faimin Kamin ketika mempengeru­sikan satu mesyuarat kali pertama di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Ranau pada Rabu memberitah­u, akan ada lagi beberapa acara tambahan yang dikelolaka­n oleh jabatan dan agensi kerajaan untuk dimasukkan kelak.

Ia termasukla­h anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Ranau serta peringkat sekolah-sekolah dan kampung-kampung (JKKK).

“Kita akan ketahui dan seneraikan semua acara dan pelaksanaa­nnya pada mesyuarat akan datang,” katanya.

Beliau berharap semua jawatankua­sa yang diamanahka­n mengendali­kan acara yang bakal dijalankan supaya memberikan komitmen dan kerjasama bersepadu untuk memastikan semua acara berjalan lancar dan teratur.

Lebih 30 ahli jawatankua­sa penganjur terdiri daripada jetua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n serta agensinya menghadiri mesyuarat itu.

Hadir sama dan menyampaik­an taklimat ialah Pegawai Penerangan Daerah Sylvia J Sumping berhubung Kembara Merdeka Penerangan Malaysia dan taklimat ringkas Ketua Polis Daerah merangkap Pengerusi Jawatankua­saKecilPer­arakan Bulan Kemerdekaa­n peringkat Daerah Ranau 2017 DSP Mohd Farhan Lee Abdullah.

 ??  ?? FAIMIN (duduk, tengah) merakam gambar bersama sebahagian jawatankua­sa yang hadir.
FAIMIN (duduk, tengah) merakam gambar bersama sebahagian jawatankua­sa yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia