Utusan Borneo (Sabah)

‘Cerita-Cerita Didi & Friends’ di Astro, cuti sekolah Ogos ini

Gabung elemen nyanyian dan penceritaa­n

-

R ENTETAN daripada sambutan hebat yang diterima oleh ‘Cerita-Cerita Didi & Friends’ semasa ditayangka­n buat julung kalinya di pawagam TGV seluruh Malaysia dan di saluran Astro First pada Mac lalu, Astro Ceria bersama DD Animation Studio Sdn. Bhd. (Digital Durian) akan membawakan siri animasi kanak-kanak popular tersebut ke kaca televisyen mulai 14 Ogos ini, khas bagi menceriaka­n musim cuti persekolah­an yang bakal tiba.

‘Cerita-Cerita Didi & Friends’ yang akan disiarkan di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria (saluran 611) pada setiap hari jam 8.00 pagi dan 3.00 petang ini bakal memperliha­tkan penambahan episod kepada 39 episod berbanding 20 episod sebelumnya.

Setiap tayangan pula akan memaparkan tiga episod dengan durasi 7 minit bagi setiap satu episod.

Siri animasi ini menggabung­kan elemen nyanyian dan penceritaa­n di mana setiap cerita pendek diselitkan dengan nilai-nilai murni, semangat setiawakan dan pembelajar­an santai bersesuaia­n dengan tema lagu yang diangkat dalam sesebuah episod tersebut.

Antara tajuk cerita pendek yang terdapat dalam siri ‘Cerita-Cerita Didi & Friends’ adalah ‘Hari Sukan’, ‘Pulau Hokey Pokey’, ‘Nenek Si Bongkok Tiga’, ‘Berkawad Dengan Semut’, ‘Sesat Di Kota London’, ‘Jom Ke Dunia Teko’, ‘Kisah Oli Dan Bali’, ‘Pulau Buah’, ‘Debunga’, ‘Pelik’ dan pelbagai lagi.

Mengulas mengenai kehadiran ‘Cerita-Cerita Didi & Friends’ di saluran Astro Ceria, Sinan Ismail, Pengasas Digital Durian berkata, “Kami sangat teruja dan tidak sabar melihat reaksi penonton terhadap ‘Cerita-Cerita Didi & Friends’.

“Kandungan yang dulunya lagu 2 minit, kini sudah menjadi cerita 7 minit. Dalam tujuh (7) minit itu, penonton dapat mengenali watak-watak kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.

“Terima kasih kepada Astro, MDEC, Karangkraf, Caliph Kids Supplement, Metrojaya, Zoomoov dan semua rakan-rakan kolaborasi kami yang samasama menjayakan animasi dan barangan rasmi Didi & Friends. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada jutaan peminat Didi & Friends di seluruh Malaysia. Semoga kanakkanak Malaysia akan terus berhibur dan belajar bersama Didi & Friends,” tambah beliau.

Selain itu, keterujaan berganda buat kanak-kanak apabila Didi & Friends akan turut melancarka­n ‘Buku Cerita Bergambar 3D Augmented Reality (AR) Didi & Friends’ bersama penerbitan gergasi, Kumpulan Karangkraf. Buku yang berkonsepk­an bahan bacaan interaktif dengan slogan ‘Baca, Belajar dan Bermain’ ini, membolehka­n kanak-kanak membaca dan belajar sambil bermain dengan aplikasi AR.

Buku cerita bergambar Didi & Friends ini menawarkan dua cerita dalam satu buku dengan paparan visual yang menarik di samping penceritaa­n yang padat dengan kisah-kisah teladan yang mudah difahami, sesuai dengan anak-anak di bawah lingkungan usia 6 tahun.

Menarik lagi, buku ini turut dilengkapi dengan sistem bunyi menjadikan proses belajar dan bermain lebih interaktif dan menyeronok­kan.

Bagi merasai pengalaman menyeluruh membaca buku cerita ini, aplikasi AR Didi & Friends PlayBook boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store buat pengguna Android dan Apple App Store buat pengguna iPhone.

Dengan harga RM15 senaskhah (termasuk GST), buku cerita eksklusif daripada Didi & Friends yang juga merupakan versi cetak yang pertama di Malaysia ini boleh didapati di kedai-kedai buku terkemuka di seluruh negara.

Terdahulu, satu Majlis Pelancaran ‘Cerita-Cerita Didi & Friends’ dan ‘Buku Cerita Bergambar 3D Augmented Reality (AR) Didi & Friends’ telah disempurna­kan oleh Sinan Ismail; Pengasas Digital Durian, Hairul Faizal Izwan; Penerbit Digital Durian, Putri Yasmin Megat Zaharuddin; Naib Presiden Bahagian Gen Next Astro dan Firdaus Hussamuddi­n; Penerbit Eksekutif, Kumpulan Buku Karangkraf. Ianya diadakan bersempena dengan ‘Malaysia Islamic Children’s Fair’ yang berlangsun­g dari 26 – 30 Julai lepas di MAEPS, Serdang.

 ??  ?? ANGGUN:
Aktres Hollywood yang berasal dari Australia Nicole Kidman ditemubual oleh jurnalis sebelum tayangan perdana filem ‘Top of the Lake: China Girl’ di Sydney, Australia pada 1 Ogos lepas.
ANGGUN: Aktres Hollywood yang berasal dari Australia Nicole Kidman ditemubual oleh jurnalis sebelum tayangan perdana filem ‘Top of the Lake: China Girl’ di Sydney, Australia pada 1 Ogos lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LANCAR: (Dari kiri) Putri Yasmin Megat Zaharuddin (Naib Presiden Bahagian Gen Next Astro), Hairul Faizal Izwan (Penerbit Digital Durian), Sinan Ismail ( Pengasas Digital Durian) dan Firdaus Hussamuddi­n (Penerbit Eksekutif, Kumpulan Buku Karangkraf).
LANCAR: (Dari kiri) Putri Yasmin Megat Zaharuddin (Naib Presiden Bahagian Gen Next Astro), Hairul Faizal Izwan (Penerbit Digital Durian), Sinan Ismail ( Pengasas Digital Durian) dan Firdaus Hussamuddi­n (Penerbit Eksekutif, Kumpulan Buku Karangkraf).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia