Utusan Borneo (Sabah)

Konsert bintang K-Pop G-Dragon menerusi kempen Unlimited Grooves

-

U MOBILE bakal menggembir­akan hati peminat muzik di Malaysia dengan menambah bintang K-pop yang terkenal, G-Dragon ke dalam kalendar Unlimited Grooves mereka, yang akan berlangsun­g sehingga tahun 2018.

U Mobile akan menjadi penaja rasmi syarikat komunikasi bagi konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E yang akan berlangsun­g pada 17 September 2017 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Sepanjang tahun 2017, kalendar Unlimited Grooves dipenuhi dengan persembaha­n para artis daripada pelbagai genre.

Selain G-Dragon and Ed Sheeran, Unlimited Grooves juga termasuk Good Vibes Festival (menampilka­n antaranya Kodaline, Dua Lipa, Lany dan Najwa) dan siri konsert mini Upfront (antaranya termasuk Tokimonsta dan Lucy Rose).

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata semasa pelancaran kedai induk syarikat di Berjaya Times Square bahawa U Mobile gembira menjadi penaja rasmi syarikat telekomuni­kasi bagi GDragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur.

“U Mobile sentiasa mengutamak­an muzik dalam penawaran kami kerana ramai pelanggan meminatiny­a. Kami secara agresif telah mencari pelbagai idea untuk memberi peluang kepada para pelanggan supaya dapat menikmati lebih banyak acara muzik. Kami bangga dapat menjadikan konsert G-Dragon di Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Unlimited Grooves U Mobile!,” katanya.

Beliau menambah, “Seperti biasa, para pelanggan kami akan ditawarkan manfaat eksklusif semasa konsert G-Dragon nanti. Jika anda pelanggan U Mobile dan akan menghadiri Good Vibes Festival pada 12 dan 13 Ogos ini, anda boleh meninkmati keistimewa­an ini di U Mobile Zone, sebuah kawasan yang direka khas untuk acara tersebut.”

U Mobile turut menawarkan tiket-tiket percuma ke konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur dan konsert Ed Sheeran ÷ (Divide) Malaysia Tour secara eksklusif untuk para pelanggan melalui dua peraduan di laman sosial Instagram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia