Utusan Borneo (Sabah)

JAN Sarawak sesak sejak tular isu

Wang Tidak Dituntut

-

KUCHING: Sejak tular isu Wang Tidak Dituntut (WTD) Jun lalu, Jabatan Akauntan Negara (JAN) Sarawak terus menerima kunjungan orang ramai untuk membuat semakan jumlah wang mereka.

Difahamkan, JAN telah mula dikunjungi orang ramai sejak pertengaha­n Julai lalu.

Tinjauan Utusan Borneo di JAN mendapati orang ramai hadir di jabatan itu seawal jam 8 pagi untuk membuat semakan WTD.

Namun, ada yang terpaksa pulang disebabkan kehabisan nombor giliran ketika jam baharu 11 pagi.

Orangramai­yanginginm­enyemak jumlah WTD boleh datang ke JAMNS di Tingkat 6, Bangunan Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga.

Bagaimanap­un, hanya 300 individu dihadkan untuk membuat semakan WTD dalam tempoh sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Menurut petugas JAN, pihaknya mengamalka­n konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ untuk melakukan urusan semakan.

“Kami (JAN) mengehadka­n 300 orang sehari. Dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi hanya 100 nombor giliran diagihkan.

“Kemudian 10.30 hingga 12.30 (100 orang) dan begitu juga dari jam 2 hingga 4.30 petang,” jelasnya.

Orang ramai digalak datang awal untuk membuat semakan memandangk­an jumlah nombor giliran yang terhad.

Namun, semakan hanya dapat dibuat secara manual dan akan dimaklumka­n oleh pihak JAN kemudian.

Kini, semakan boleh dilakukan menggunaka­n kad pengenalan di kaunter JAN dan jumlah WTD dapat diketahui dengan cepat.

Difahamkan, waris individu yang telah meninggal dunia perlu mengemukak­an sijil daftar kematian asal untuk membuat semakan WTD.

Seorang pesara, Adenan Bujang, 55, ketika ditemui berkata dia ingin menyemak jumlah WTD dalam akaunnya yang tidak aktif lagi sejak belasan tahun.

Tanpa mendedahka­n jumlah itu, dia mengakui terdapat wang di dalam akaun lama miliknya.

Untuk rekod, sehingga 30 Jun lalu sebanyak RM5.8 bilion WTD masih dalam simpanan JAN selaku pemegang amanah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz sebelum ini, mendedahka­n 25 bahawa kaunter Bahagian WTD dibuka di seluruh negara termasuk tujuh di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia