Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran terima sumbangan daripada Tiong

-

SIBU: Seramai 12 penghuni yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dijilat api dalam kebakaran di Kampung Sentosa Barat, Fasa 2 di sini malam Isnin, menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King.

Beliau diwakili Setiausaha Politiknya Tiong Sie Keong yang menyerahka­n sumbangan tersebut dalam satu acara ringkas semalam dan turut dihadiri Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

Hii yang juga pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Sibu memberitah­u, dua daripada pemilik rumah tersebut merupakan kakitangan kerajaan bertugas di Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan Majlis Daerah Meradong/Julau.

“Terima kasih kepada Tiong serta yang lain kerana membantu meringanka­n beban mangsa dan merayu supaya membantu menyumbang sama ada dari segi wang tunai atau keperluan lain,” katanya.

Hii berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir menghulurk­an bantuan menyediaka­n keperluan asas seperti makanan kering, peralatan memasak dan kemudahan tempat tidur.

Bagaimanap­un, bantuan kewangan bahan binaan masih dalam proses dan akan disampaika­n kepada mangsa kemudian.

Hii melahirkan rasa syukur kerana semua penghuni tiga rumah yang ranap dalam insiden malang itu terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, pasukan bomba dan penyelamat dari dua balai dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Api berjaya dikawal jam 10 malam dan operasi tamat sekitar jam 12 tengah malam.

Polis turut berada di lokasi untuk mengawal kawasan kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

 ??  ?? HII (lima kanan) dan Tiong (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran.
HII (lima kanan) dan Tiong (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia