Utusan Borneo (Sabah)

UNIMAS bercadang kembangkan sayap dalam pendidikan

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bercadang mengembang­kan sayap dalam bidang pendidikan melalui UNIMAS Business School (UBS), dengan meningkatk­an nilai pusat pendidikan tinggi untuk negeri ini pada masa akan datang.

Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata ia bersesuaia­n dengan fungsi universiti sebagai gedung ilmu di mana proses penjanaan ilmu dapat dipertingk­atkan lagi dengan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, seterusnya mewujudkan jaringan industri yang akan memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat setempat.

“Dengan adanya kerjasama strategik ini, universiti berada di landasan yang mapan untuk mengukuhka­n lagi penjanaan kewangan dan pembiayaan operasi dalam UNIMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UNIMAS Holdings Sdn Bhd, Asiamet (M) Sdn Bhd dan UNIMAS di Rumah Universiti, UNIMAS di sini pada Selasa.

Pada masa sama Kadim menambah, UNIMAS turut bercadang mengembang­kan lagi perniagaan dan menghasilk­an beberapa program komersial serta kursus pendek pada masa depan.

“Bisnes yang diterajui UNIMAS Business School diharap dapat membantu menjana dana yang secukupnya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata UNIMAS juga ingin menubuhkan pusat pembelajar­an di serata negeri di Malaysia agar setiap rakyat Malaysia berpeluang melanjutka­n pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Sementara itu mengenai MoA yang ditandatan­gani dengan Asiamet (M) Sdn Bhd, Kadim berkata ia bagaikan suntikan semangat kepada UNIMAS dalam memperkasa­kan lagi perkembang­an UBS selaras dengan keperluan global dalam bidang pendidikan.

Tambahnya, ia juga bakal menjadikan UNIMAS kekal relevandal­ambidangak­ademik global yang kini semakin kompetitif dan mencabar.

“Jalinan kerjasama dengan rakan strategik adalah tepat pada masanya dan ia amat signifikan demi meningkatk­an visibiliti UNIMAS di persada dunia sambil memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan pemantapan ilmu pengetahua­n,” katanya.

Hadir sama Pemangku Dekan UBS Profesor Madya Dr Puah Chin Hong, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Profesor Dr Kopli Bujang, Pemangku Pengurus Besar UNIMAS Holdings Sdn Bhd Ang Chee Hon, Pengarah Eksekutif Asiamet (M) Sdn Bhd Subramania­n Amamalay dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Asia Metropolit­an Cawangan Kota Bharu Ahmad Nazir Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia