Utusan Borneo (Sabah)

Usaha Farley bantu cegah jenayah dikagumi

-

SIBU: Usaha pasar raya Farley melibatkan diri dalam program khidmat masyarakat iaitu Kepolisan Komuniti terutama dalam membantu pihak polis mencegah jenayah amat mengagumka­n.

Ini berikutan organisasi itu menaja pencetakan risalah mengenai cara orang awam dapat memainkan peranan dalam mencegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata usaha itu diterajui Pengarah Farley Lau Siew Whye diharapkan dapat menjadi teladan kepada lebih penyertaan syarikat swasta dalam program pencegahan jenayah.

“Kami amat terharu atas sumbangan Farley mencetak risalah untuk diedarkan kepada orang awam,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Katanya, risalah-risalah itu dicetak dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.

Menurutnya, syarikat tersebut sebelum ini pernah membina sebuah pondok polis berhampira­n Farley untuk kegunaaan polis dan penyelengg­aranya diuruskan syarikat terbabit.

“Orang awam boleh juga datang ke pondok polis ini untuk membuat aduan kes,” katanya.

Mengenai kadar jenayah di sini, Saiful berkata Sibu telah mencatat penurunan sebanyak 6.43 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

“Penurunan ini mampu tercapai berikutan peningkata­n penguatkua­saan polis dan kesedaran awam terhadap usaha bersatu mencegah jenayah,” katanya.

Malah, tambahnya polis bertindak menggunaka­n Akta Pencegahan Jenayah (POCA) untuk menghalang orang daripada melakukan jenayah.

Sehubungan itu, beliau juga menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan daripada individu yang menyamar sebagai polis bertujuan menipu.

“Saya menasihati mereka pergi ke balai polis berdekatan terlebih dahulu untuk mendapatka­n kepastian jika mereka menerima sebarang panggilan mencurigak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia