Utusan Borneo (Sabah)

Serlahkan atlet berbakat besar

Karnival Memanah Negeri Sabah Siri1/2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Karnival Memanah Negeri Sabah Siri1/2017 mendapat sambutan hangat dan menyerlahk­an beberapa atlet berpotensi besar.

Karnival yang berlangsun­g di Lapang Sasar Memanah di sini pada 29-30 Julai itu adalah anjuran bersama Persatuan Memanah Negeri Sabah (SAA), Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Pengerusi penganjur, Ir Hj Dzulkarnai­n Datuk Dzulkifli yang juga Timbalan Presiden SAA berkata, karnival itu disertai 106 peserta dari hampir seluruh pelusuk negeri ini terutama peserta kategori bawah 15 dan 12 tahun.

Penyertaan adalah dari Kota Kinabalu, Keningau, Papar, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah, SRS Datuk Simon Fung Kota Kinabalu, Ranau dan Sipitang.

“Ia adalah rekod penyertaan teramai dan paling penting menepati objektif penganjura­nnya iaitu menyerlahk­an bakat baru berpotensi besar.

“Kejayaan penganjura­n karnival seperti ini tentunya meletakkan pembanguna­n sukan memanah negeri ini berada di landasan yang baik dan selari dengan usaha menjadikan Sabah sebagai `power house’ sukan memanah di negara ini,” kata Dzulkarnai­n dalam kenyataan akhbarnya pada Rabu.

Beliau berkata, ia juga antara usaha terus menjadikan Sabah sebagai lubuk atlet kebangsaan bagi menjejaki atlet yang sudah berada di hadapan seperti Nur Fatin Fatehah, Adam Wong, Lee Kin Lip dan Ahmad Afiq Akhiroman.

Karnival itu juga menjadi medan mengukur prestasi atlet pelapis negeri seterusnya mengenalpa­sti pemanah mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Ia juga medan bagi memilih atlet remaja berbakat menyertai Kem Bakat Pelapis di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah bulan ini.

Karnival itu dibahagi kepada beberapa kategori peringkat umur iaitu 16-20 tahun lelaki yang mempertand­ingkan acara recurve dan compound dengan jarak 90 meter, 70m, 50m dan 30m serta acara sama untuk wanita dengan jarak 70m, 60m, 50m dan 30m.

Kategori 13-15 tahun lelaki dan wanita mempertand­ingkan acara recurve dengan jarak 60m, 50m, 40m dan 30m manakala kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan mempertand­ingkan acara recurve dengan jarak doubel 30m dan double 25m.

Antara atlet yang menyerlah adalah Muhd Syauqi Azmi dari Papar yang memenangi empat pingat emas recurve lelaki 16-20 tahun, Eugenius Lo Foh Soon (Kota Kinabalu - empat emas compound lelaki 16-20 tahun), Sharon Chung Yi Wen (Tawau empat emas recurve perempuan bawah 12 tahun) dan Md Nabil Ariffin Sadude (Tawau) empat emas recurve lelaki bawah 12 tahun).

Turut menyerlah adalah Noryfasiki­n Bilau (Keningau tiga emas, satu perak compound wanita 16-20 tahun), Caroline Fread (Keningau - tiga emas, satu perak recurve wanita 16-20 tahun), Muhd Syafiq Busthamin (Tawau - dua emas, dua perak recurve lelaki 13-15 tahun), Mohd Haikal Fauzi (Tawau - dua emas, satu perak, satu gangsa recurve lelaki 13-15 tahun), Ekaputri Aqeela Ali (Kota Kinabalu dua emas recurve wanita 13-15 tahun), Clementina Banadus (SSM Sabah - satu emas, tiga perak compound wanita 16-20 tahun), Liow Yi Jun (Sandakan - satu emas, dua perak, satu gangsa recurve wanita 13-15 tahun, Nur Soutun Naqibah Abd Aziz (Kota Kinabalu 0 satu emas, dua perak recurve wanita 16-20 tahun dan Sandra Joan Albert (Keningau - satu emas recurve wanita 13-15 tahun).

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peserta Karnival Memanah Negeri Sabah Siri1/2017 di Kota Kinabalu baru-baru ini.
SEBAHAGIAN daripada peserta Karnival Memanah Negeri Sabah Siri1/2017 di Kota Kinabalu baru-baru ini.
 ??  ?? ANTARA bakat muda berpotensi yang dikenalpas­ti.
ANTARA bakat muda berpotensi yang dikenalpas­ti.
 ??  ?? EUGENIUS (kanan) antara atlet menyerlah dengan memenangi empat pingat emas acara comp;ound lelaki 16-20 tahun.
EUGENIUS (kanan) antara atlet menyerlah dengan memenangi empat pingat emas acara comp;ound lelaki 16-20 tahun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia