Utusan Borneo (Sabah)

‘Makan Malam di Awangan’ tarikan pelanconga­n terbaharu

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Produk pelacongan terbaharu ‘Makan Malam di Awangan’ atau ‘Dinner in the Sky’

dilihat akan membantu meningkatk­an lagi kehadiran pelancong di negeri ini. Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata beliau percaya, jika produk itu ditawarkan dalam beberapa pakej tertentu, ia pasti mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk merasai pengalaman baharu untuk makan malam di awangan.

“Jika dilihat kebanyakan pelancong China datang ke Sabah kerana ingin menikmati pemandanga­n matahari terbenam, laut dan makanan yang ada di sini. Namun, saya merasakan kita perlu tampil dengan produk lain bagi menarik pelancong.

“Sekiranya pelancong China ini datang bersama keluarga dan ingin mencuba sesuatu yang baharu maka,

mereka boleh mencuba pengalaman Makan Malam di Awangan.

“Ini adalah satu produk pelanconga­n yang unik dan belum pernah dibuat, dan terima kasih kepada syarikat TwoSpicy Entertainm­ent kerana membawa produk berkenaan ke sini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran ‘Dinner in the

Sky’ di Marina Sutera Harbour, di sini malam Selasa.

Masidi berkata, pemilihan Sabah jelas menunjukka­n keyakinan syarikat berkenaan terhadap industri pelanconga­n di Kota Kinabalu.

Katanya, walaupun negeri ini memang dikenali dengan produk

 ??  ?? Menteri Pelanconga­n, semulajadi namun penggiat industri perlu tampil dengan produk baharu. MASIDI menikmati hidangan pada ketinggian 50 meter.
Menteri Pelanconga­n, semulajadi namun penggiat industri perlu tampil dengan produk baharu. MASIDI menikmati hidangan pada ketinggian 50 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia