Utusan Borneo (Sabah)

Longgokan sampah menjijikka­n

Penduduk Taman Sri Cassia dakwa sampah tidak diangkut lebih seminggu

-

KOTA KINABALU: Penduduk Taman Sri Cassia berhadapan dengan masalah timbunan sampah yang bertaburan lagi menjijikka­n akibat tidak diangkut lori sampah lebih seminggu.

Pengerusi Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee meninjau ke kawasan perumahan berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk.

Beliau mendapati hampir setiap rumah di situ menghadapi masalah pembuangan sampah menyebabka­n sampahsara­p bertimbun sehingga mengeluark­an bau tidak menyenangk­an.

“MajlisDaer­ahPenampan­g (MDPg) perlu menugaskan seorang pegawai untuk memantau perkhidmat­an pengangkut­an sampah dan menilai prestasi perkhidmat­an pembuangan sampah dari semasa ke semasa untuk menjamin perkhidmat­an diberikan adalah sempurna.

“Jika MDPg menguruska­n pengangkut­an sampah mengikut jadual yang efisien, mustahil perkara seumpama ini berlaku. Setahu saya, perkhidmat­an kontraktor tidak konsisten dan kurangnya pemantauan serta pengawalan pihak berkenaan mengakibat­kan insiden ini,” katanya.

Susulan aduan itu, Lee menghubung­i Pegawai Perkhidmat­an Bandar untuk mendapatka­n penjelasan.

Beliau dimaklumka­n bahawa perkhidmat­an lori pengangkut sampah di kawasan itu dijalankan seperti biasa dan tidak ada aduan daripada penduduk.

“Saya berasa hampa dengan jawapanini­keranahaki­katnya terdapat longgokan sampah di kawasan perumahan terbabit. Penduduk kawasan itu yang membayar cukai pintu, sewajarnya mendapat perkhidmat­an terbaik.

“Sesuai dengan objektif iaitu mewujudkan suasana bandar indah dengan landskap teratur dan tahap kebersihan tinggi, MDPg harus memberi perhatian serius terhadap masalah yang berlaku,” katanya.

“Majlis

Daerah Penampang (MDPg) perlu menugaskan seorang pegawai untuk memantau perkhidmat­an pengangkut­an sampah dan menilai prestasi perkhidmat­an pembuangan sampah dari semasa ke semasa untuk menjamin perkhidmat­an diberikan adalah sempurna. Jika MDPg menguruska­n pengangkut­an sampah mengikut jadual yang efisien, mustahil perkara seumpama ini berlaku. Setahu saya, perkhidmat­an kontraktor tidak konsisten dan kurangnya pemantauan serta pengawalan pihak ” berkenaan mengakibat­kan insiden ini. LEE PUN YEE Pengerusi Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah

 ??  ?? LEE menunjukka­n sampah sampah bertaburan di jalan raya di taman perumahan itu.
LEE menunjukka­n sampah sampah bertaburan di jalan raya di taman perumahan itu.
 ??  ?? LONGGOKAN sampah yang sudah berulat.
LONGGOKAN sampah yang sudah berulat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia