Utusan Borneo (Sabah)

Galeri Tina Rimmer bakal ditubuh

Bagi memperinga­ti sumbangann­ya dalam seni lukis tempatan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

“Tina

memberi khidmat masyarakat secara percuma melalui seni dengan melukis dan melakar wajah pesakit Unit Penjagaan Paliatif di Hospital Queen Elizebath sebagai cara menghiburk­an pesakit di unit berkenaan. Tina sudah melukis lebih 500 karya lakaran pesakit dalam wad DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN

KOTA KINABALU: Bagi memperinga­ti jasa dan sumbangan Ikon Budaya Sabah Tina Rimmer kepada industri seni lukis tempatan, satu Galeri Tina Rimmer akan ditubuhkan di rumah kediamanny­a yang terletak di Likas.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata rumah berkenaan didaftarka­n di bawah Tina Rimmer Trust dan pendaftara­an sudah dikemukaka­n kepada Jabatan Amanah Raya Sabah.

“Galeri itu akan dibuka kepada orang ramai sebaik sahaja mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan pihak berkaitan,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah William Baya ketika merasmikan Pameran Retrospect­ive: Memperinga­ti Tina Rimmer 1917-2017 di Balai Seni Lukis Sabah, di sini pada Selasa.

Tina yang meninggal dunia pada 31 Mei lalu, turut dianugerah­kan Ikon Budaya Sabah oleh Majlis Warisan Budaya pada 10 Jun lalu. Anugerah berkenaan juga amat signifikan dengan ulangtahun kelahirann­ya pada 1 Ogos.

Dalam pameran itu, terdapat 200 lukisan terdiri daripada lakaran pastel, chinese ink & oil serta lukisan terawal yang dihasilkan Tina pada 1948.

Selain megetengah­kan bakatnya sebagai seorang pelukis, Tina turut menabur khidmat berbakti kepada masyarakat selepas bersara sebagai seorang pendidik.

“Tina memberi khidmat masyarakat secara percuma melalui seni dengan melukis dan melakar wajah pesakit Unit Penjagaan Paliatif di Hospital Queen Elizebath sebagai cara menghiburk­an pesakit di unit berkenaan. Tina sudah melukis lebih 500 karya lakaran pesakit dalam wad,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Balai Seni Lukis Sabah Jennifer P Linggi berkata dengan wujudnya galeri itu nanti, orang ramai dapat mengenali bagaimana perjalanan kehidupan Tina Rimmer daripada seorang pendidik kepada pelukis.

Namun, proses menubuhkan galeri itu mungkin akan mengambil sedikit masa. Sebaik sahaja urusan pendaftara­n Tina Rimmer Trust selesai dan permohonan mendapatka­n permit daripada DBKK diluluskan, mereka akan melakukan sedikit pengubahsu­aian supaya rumah berkenaan lebih menarik.

 ??  ?? WILLIAM (lima kiri) bergambar bersama Jeniffer serta tetamu jemputan lain semasa perasmian Pameran Retrospect­ive: Memperinga­ti Tina Rimmer (1917-2017).
WILLIAM (lima kiri) bergambar bersama Jeniffer serta tetamu jemputan lain semasa perasmian Pameran Retrospect­ive: Memperinga­ti Tina Rimmer (1917-2017).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia