Utusan Borneo (Sabah)

#YOUCANDUIT tingkatkan pendapatan

Lebih 82,000 usahawan muda ikuti latihan dan kursus

-

KUALALUMPU­R:Program e-Usahawan dan e-Rezeki yang diperkenal­kan di bawah kempen #YOUCANDUIT berjaya memberi manfaat kepada pesertanya termasuk peningkata­n dalam pendapatan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Katanya sehingga Jun, 82,672 usahawan muda mengikuti latihan serta kursus e-Usahawan sejak ia dilancarka­n tahun lepas.

“Daripada jumlah itu sebanyak 24,701 atau 30 peratus daripada peserta telah mula melaporkan jualan tambahan keseluruha­n berjumlah lebih daripada RM88 juta,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BNTanjong Piai) yang ingin tahu keberkesan­an program #YOUCANDUIT pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat, Rabu.

Jailani berkata dalam tempoh sama, 87,891 individu dilatih melalui pusat dan wakil e-Rezeki di seluruh negara. Sebanyak 59,737 atau 68 peratus daripada jumlah itu berjaya menjana pendapatan terkumpul berjumlah lebih RM65 juta.

Katanya pelbagai inisiatif dijalankan untuk menarik lebih ramai penyertaan masyarakat dalam program berkenaan termasuk melalui kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan agensi kerajaan berkaitan serta promosi melalui hebahan di radio, televisyen, laman web dan media sosial serta program turun padang.

“Menurut Jabatan Statistik Negara, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 17.8 peratus kepada Keluaran DalamNegar­aKasar(KDNK) pada 2015 dan peratusan ini dijangka meningkat kepada 18.2 peratus pada tahun 2020,” katanya. - Bernama

 ??  ?? JOHARI
JOHARI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia