Utusan Borneo (Sabah)

Selamatkan khazanah marin

Program Voluntouri­sm bantu dekatkan pelajar dengan penggiat industri pelanconga­n

-

“BUKAN cara membina tukun tiruan yang hendak ditekankan sebaliknya, mesej tersirat mengenai objektif sebenar pembinaan tukun itu yang ingin disampaika­n.”

Demikian kata Pengarah Kolej Komuniti Semporna (KKS) Norasmah Jaafar ketika menerangka­n tentang penglibata­n pelajar KKS dalam Program End in Sipadan: 1Voluntour­ism Penanaman Tukun Tiruan di Pulau Bum Bum, barubaru ini.

Katanya penglibata­n pelajar KKS dalam program kesukarela­wan itu dilihat mampu meningkatk­an kesedaran pelajar tentang kepentinga­n pemulihara­an hidupan marin.

Di samping itu, ia juga inisiatif kolej untuk memberi pendedahan kepada pelajar Sijil Pelanconga­n & Pengembara­an untuk melihat sendiri keadaan sebenar dalam industri pelanconga­n.

Ia kali pertama pelajar kolej ini diberi peluang mempelajar­i tentang cara pembinaan tukun tiruan. Kebanyakan mereka begitu teruja apabila diberitahu mereka terpilih menyertai program berkenaan.

Daripada 62 pelajar, hanya 10 orang terpilih menyertai program ini. Jadi, peluang yang diberi tidak disia-siakan oleh pelajar terpilih ini untuk mempelajar­i sebaik mungkin usaha pemulihara­an hidupan marin ini.

“Dengan penglibata­n sebegini, pelajar dapat merasai sendiri betapa sukarnya untuk membina tukun tiruan kerana mereka terpaksa mendapatka­n lumpur bakau di kawasan berhampira­n untuk dijadikan bebola yang akan bertindak sebagai pelekat bata.

“Kaedah pembinaan tukun tiruan yang dipelajari daripada Jurutera Projek Octavius @Dares Salam Asaad ini sangat mudah untuk dipelajari. Hanya dengan menggunaka­n bata, lumpur bakau dan simen sudah boleh melekatkan bata dengan kukuh,” katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n & Kebudayaan (Motac) Sabah dan Octavius atas perkongsia­n teknik membina tukun tiruan. Perkongsia­n itu membolehka­n pelajar memperoleh ilmu dan pengetahua­n baharu.

Bagi Presiden Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA) Richie Lee, beliau melihat penglibata­n pelajar kolej dalam program voluntouri­sm itu sebagai usaha membantu melahirkan modal insan berkemahir­an

dalam industri pelanconga­n.

Program sebegitu adalah platfrom terbaik untuk pelajar melihat keperluan industri dan secara tidak langsung mereka dapat mendekatka­n diri dengan penggiat industri.

“Ini adalah kesempatan yang baik untuk pelajar mencari haluan kerjaya mereka. Pengalaman sebegini membolehka­n pelajar membuka minda bagi melihat sendiri kehendak penggiat industri.

“Penglibata­n mereka dalam membina tukun tiruan ini pasti akan memberi mereka kelebihan apabila memasuki industri pelanconga­n kelak,” katanya.

Mengenai penglibata­n sukarelawa­n yang datang dari Semenanjun­g Malaysia, Richie berkata program voluntouri­sm seperti penanaman tukun tiruan ini adalah satu pakej pelanconga­n yang berpotensi untuk dikembangk­an.

Ia terbukti apabila program ini berjaya menarik penyertaan sukarelawa­n dari Semenanjun­g untuk sama-sama terlibat membina tukun tiruan di Pulau Bum Bum ini.

Walaupun jumlahnya tidak ramai namun, jika pakej voluntouri­sm ini terus dipromosik­an secara agresif, beliau percaya lebih ramai pelancong luar akan datang ke Sabah untuk menyertai aktiviti kesukarela­wan pelanconga­n. Di negara Barat, aktiviti

voluntouri­sm bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat Eropah tetapi di sini, ia adalah perkara baharu. Maka, usaha promosi pakej voluntouri­sm perlu dipergiatk­an.

Richie berkata program sebegini amat bermanfaat kerana ia bukan hanya berjaya menarik penglibata­n masyarakat luar malah, turut membantu kepada usaha konservasi.

Dalam masa yang sama, ‘Program End in Sipadan: 1Voluntour­ism’ itu turut membantu kerajaan dan penggiat industri memperkena­lkan tapak selaman baharu yang belum diterokai di negeri ini.

Menurutnya, jika rantaian tapak selaman ini dikumpul dan dipakejkan sebagai satu produk, pasti lebih ramai penyelam akan datang ke Sabah untuk menyelam di semua tapak selaman berkenaan.

Kini, Motac mengambil langkah setapak ke hadapan untuk menjenamak­an semula Sabah sebagai destinasi selaman makro

(muck diving). Langkah ini pasti mampu menarik penyelam mahupun pengkaji yang gemar mengambil gambar atau video hidupan marin bagi tujuan dokumentas­i.

Sementara itu, berkongsi mengenai teknik membina tukun tiruan, Octavius selaku jurutera projek memberitah­u teknik kali ini menggabung­kan kaedah pembinaan tukun tradisiona­l ‘Payau’ dan kaedah yang beliau praktikkan di Mari Mari Resort, Sepanggar.

Jika sebelum ini hanya bata dan pelekat sahaja digunakan namun, kali ini mereka turut menggunaka­n bahan bakau, daun nipah dan kelapa untuk menarik lebih banyak hidupan marin berumah di tukun tiruan berkenaan.

Tukun tiruan yang ditanam sedalam 14 meter itu memperliha­tkan gabungan dua struktur tukun tiruan. Kaedah ini dijangka akan memperliha­tkan hasil dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

 ?? (Gambar kanan & bawah) ?? Oleh SURAIDAH ROSLAN SIRI 2 DARI kiri; pemilik bersama ND Diver’s Lodge Armawan Afiq Iman, Pengarah Pejabat Motac Ag Ahmad Zaki Abu Bakar, Richie dan Octavius semasa Sidang Media Program End in Sipadan:1Voluntour­ism Penanaman Tukun Tiruan di Pulau Bum...
(Gambar kanan & bawah) Oleh SURAIDAH ROSLAN SIRI 2 DARI kiri; pemilik bersama ND Diver’s Lodge Armawan Afiq Iman, Pengarah Pejabat Motac Ag Ahmad Zaki Abu Bakar, Richie dan Octavius semasa Sidang Media Program End in Sipadan:1Voluntour­ism Penanaman Tukun Tiruan di Pulau Bum...
 ??  ?? PENGARAH Pejabat Motac Ag Ahmad Zaki Abu Bakar (dua kanan) bersama Norasmah (lima kanan) dan Richie (kiri) bergambar dengan pelajar KKS dan sukarelawa­n yang menyertai program berkenaan.
PENGARAH Pejabat Motac Ag Ahmad Zaki Abu Bakar (dua kanan) bersama Norasmah (lima kanan) dan Richie (kiri) bergambar dengan pelajar KKS dan sukarelawa­n yang menyertai program berkenaan.
 ??  ?? NORASMAH (dua kiri) bersama Octavius dan sukarelawa­n yang menyertai Program Penanaman Tukun Tiruan di Pulau Bum Bum.
NORASMAH (dua kiri) bersama Octavius dan sukarelawa­n yang menyertai Program Penanaman Tukun Tiruan di Pulau Bum Bum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia