Utusan Borneo (Sabah)

40 kali tawan Kinabalu

Ahli Radiologi KPJ Sabah cerita pengalaman sejak datang ke Sabah pada 1994

- Oleh ALFRED PETRUS

“Gunung Kinabalu dianggap sebagai salah satu lokasi biodiversi­ti terbaik di dunia. Ia mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan terdapat 250 spesies burung di situ berbanding yang ada di benua Afrika. DR RAVI MANDALAM

S EBAGAI seorang pakar radiologi bukan menjadi penghalang bagi Dr Ravi Mandalam untuk melakukan aktiviti yang diminatiny­a.

Dengan minat yang mendalam itu, telah mendorong beliau untuk menawan tiga gunung tertinggi di Sabah iaitu Kinabalu, Trusmadi dan Tambuyukon selama berkhidmat di sini.

Katanya aktiviti seumpama itu sudah sebati dalam dirinya dan menjadi seperti obses untuk menawan gunung-gunung di Sabah terutamany­a Gunung Kinabalu.

Doktor radiologi dari India itu berkata beliau terpikat dengan kecantikan gunung tertinggi di Asia Tenggara ketika mula datang ke Sabah pada 1994 di mana, ketika beliau berkhidmat dengan Sabah Medical Centre (SMC) yang kini diambil alih oleh Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

Menurutnya, pada suatu hari, ketika memandu sepanjang jalan pesisir pantai, beliau perasan akan bayang-bayang gunung berkenaan lalu bertanyaka­n mengenai gunung itu kepada kawannya dan mula bercita-cita untuk menawan puncaknya.

Ravi yang berpengala­man selama 41 tahun sebagai pakar radiologi mula membuat pendakian pertamanya ke puncak Gunung Kinabalu ketika berumur 39 tahun.

“Pendakian saya ke puncak Gunung Kinabalu adalah bersama rakan-rakan lain pada 1995.

“Sejak dari itu sehingga kini, saya telah menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak 40 kali,” katanya ketika ditemui media di Hospital Pakar KPJ Sabah pada Rabu.

Ravi mengaku bahawa timbul perasaan bimbang akan kemampuann­ya untuk mencapai puncak Gunung Kinabalu semasa pendakiann­ya yang pertama disebabkan oleh faktor cuaca yang agak sejuk dan kabus tebal.

“Tetapi sebaik sahaja sampai di puncak, semangat saya semakin bertambah dan mencintai Gunung Kinabalu.

“Saya katakan pada diri sendiri yang saya mesti kembali dan cuba mendaki Gunung Kinabalu semula. Sekarang ia sudah menjadi kebiasaan yang mana sebagai aktiviti tahunan saya,” jelasnya.

Sepanjang pengalaman mendaki gunung itu, beliau merasakan ia adalah tempat yang paling indah dan sukar bagi seseorang untuk tidak tertarik dengan keindahann­ya.

“Gunung Kinabalu dianggap sebagai salah satu lokasi biodiversi­ti terbaik di dunia. Ia mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan terdapat 250 spesies burung di situ berbanding yang ada di benua Afrika.

“Anda boleh lihat begitu banyak spesies dalam satu kilometer persegi. Ini yang membuatkan saya tertarik dengan Gunung Kinabalu.

“Minat ini juga mendorong saya untuk menterjema­hkannya ke dalam bentuk gambar yang dihiasi di dinding-dinding klinik,” jelasnya.

Selain itu, apa yang menjadikan beliau obses untuk mengenali Gunung Kinabalu adalah pengembara­annya melalui pelbagai arah pendakian untuk sampai ke puncak.

“Bukan sahaja menawan puncaknya, tetapi berasa sangat bertuah kerana dalam masa 23 tahun saya telah melakukan pendakian dari pelbagai sudut atau bahagian gunung ini,” katanya.

Pada kali pertamanya, Ravi berkata beliau menggunaka­n laluan biasa dari Timpohon Gate ke Low’s Peak, tetapi tidak lama kemudian berminat untuk membuat pendakian dari arah atau bahagian Gunung Kinabalu lain ketika beliau menyertai Sabah Society.

Pada 2001, Ravi menyertai kumpulan pendaki dari Sabah Society untuk menjejak semula laluan asal yang pertama kali direkodkan oleh penjajah British Hugh Low dari Kampung Kiau pada Mac 1851.

Sejak itu, beliau telah mengambil bahagian dalam banyak ekspedisi Gunung Kinabalu yang didorong oleh minatnya untuk meneroka topografi dan kepelbagai­an biologi gunung berkenaan.

“Mereka yang biasanya menggunaka­n laluan

pelancong ke puncak tidak akan mengetahui struktur sebenar gunung ini kerana ia adalah dua gunung yang bersatu melalui Low’s Gully di tengah-tengahnya.

“Dengan pengetahua­n dan pengalaman ini, saya dan ahli Sabah Society telah menulis beberapa buku berkenaan Gunung Kinabalu. Salah satunya adalah buku ‘East Kinabalu: A Guide to the Eastern Part

of Mount Kinabalu’ ditulis bersama Dr Chin Shui Hiung dan Christoper Chin pada 2013.

“Dr Chin telah banyak mengetuai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu termasukla­h laluan Kotal dari bahagian selatan, Kampung Melangkap Kapa Kota Belud di sebelah utara gunung dan Kolam Air Panas Poring di sebelah timur.

“Semua ini adalah laluan yang sangat mencabar dan ada antara laluan berkenaan mengambil masa empat hari manakala laluan Poring selama sembilan hari perjalanan untuk sampai ke puncak,” katanya.

Nasib menyebelah­i Ravi kerana sepanjang pengalaman pendakiann­ya itu belum pernah mengalami sebarang situasi yang mengancam nyawanya dan rakan sependakia­n.

“Kami pernah sesat dalam tiga kali, tapi tidak pernah lagi berlaku sesuatu yang buruk kerana TamanTaman Sabah (TTS) sangat tegas dalam memastikan keselamata­n pendaki yang mana hanya membenarka­n peserta memasuki kawasan terpencil Gunung Kinabalu dengan bantuan pemandu gunung.

“Pada kali pertama kami sesat, kami tidak membawa Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

“Seorang renjer TTS berpengala­man meminta kami untuk terus tunggu di satu kawasan sementara beliau mencari jalan keluar dan kami terpaksa menunggu selama dua jam di tempat itu,” katanya.

Melalui pengalaman seumpama itu, pendakian mereka seterusnya dibantu oleh GPS ketika sesat buat kali kedua dan ketiga untuk mencari jalan keluar.

Sementara itu, Ravi yang kini berusia 63 tahun tidak merancang untuk berhenti daripada minatnya itu.

Walaupun dengan usianya dan kekangan masa bekerja, Ravi tetap komited melakukan senaman setiap hari untuk kecergasan fizikalnya.

Beliau mengakui latihan yang dijalankan­nya setiap hari itu dilihat seperti agak keterlalua­n namun itulah yang dilakukan untuk mengekalka­n staminanya.

“Setiap hari, saya akan menaiki tangga sebuah kondominiu­m setinggi 16 tingkat kira-kira tiga kali sehari untuk kekal cergas.

“Usaha berterusan ini membawa kepada perancanga­n untuk menawan sekali lagi puncak tertinggi Asia Tenggara ini pada November,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? (gambar kiri) PEMANDANGA­N puncak utara Gunung Kinabalu dari tepi kawasan Cirque Gunung Kinabalu. RAVI menerangka­n gambar puncak barat Gunung Kinabalu di kliniknya yang dirakamkan oleh Anthony Van Der Ent.
(gambar kiri) PEMANDANGA­N puncak utara Gunung Kinabalu dari tepi kawasan Cirque Gunung Kinabalu. RAVI menerangka­n gambar puncak barat Gunung Kinabalu di kliniknya yang dirakamkan oleh Anthony Van Der Ent.
 ??  ?? RAVI menunjukka­n kawasan curam Low’s Gully yang memisahkan dua bahagian Gunung Kinabalu.
RAVI menunjukka­n kawasan curam Low’s Gully yang memisahkan dua bahagian Gunung Kinabalu.
 ??  ?? DARI kiri: Christophe­r, Ravi dan Chin bergambar selepas pendakian mereka di Dataran Tinggi Timur laluan Kotal.
DARI kiri: Christophe­r, Ravi dan Chin bergambar selepas pendakian mereka di Dataran Tinggi Timur laluan Kotal.
 ??  ?? RAVI bergambar besama buku-buku yang pernah dihasilkan berlatarka­n gambar Gunung Kinabalu yang diambil pada 1960 oleh Jabatan Tanah dan Ukur.
RAVI bergambar besama buku-buku yang pernah dihasilkan berlatarka­n gambar Gunung Kinabalu yang diambil pada 1960 oleh Jabatan Tanah dan Ukur.
 ??  ?? RAVI menunjukka­n arah pendakian yang pernah dilaluinya menggunaka­n model Gunung Kinabalu yang terdapat di pejabatnya.
RAVI menunjukka­n arah pendakian yang pernah dilaluinya menggunaka­n model Gunung Kinabalu yang terdapat di pejabatnya.
 ??  ?? RAVI (kanan) bergambar di hutan berlumut laluan Kotal.
RAVI (kanan) bergambar di hutan berlumut laluan Kotal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia