Utusan Borneo (Sabah)

Kembara disambut meriah

Program sempena Bulan Kebangsaan 2017 anjuran Japen Sabah

-

K

EMBARA Merdeka NegaraKu mendapat sambutan meriah oleh masyarakat setempat sepanjang jelajahnya sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Konvoi disertai 50 orang melibatkan 15 kenderaan dari agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menjelajah mendekati rakyat di Kampung Kopungit, Majlis Daerah Putatan dan sekitar Pekan Putatan serta Kampung Minintod, Inanam.

Menurut Pengarah Penerangan Sabah Suwadi Guliling, kembara berkenaan merupakan antara sebuah program sempena Bulan Kebangsaan 2017 anjuran Jabatan Penerangan (Japen) Sabah selaku Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Publisiti dan Media.

“Pelbagai pengisian dirancang dan dilaksanak­an bagi menggelora­kan sambutan itu dalam kalangan rakyat di negara ini khususnya di Sabah, antaranya Kembara Merdeka NegaraKu sebagai satu kaedah untuk membangkit­kan semangat patriotism­e rakyat di kawasan bandar hingga ke peringkat akar umbi.

“Japen melalui pejabatpej­abatnya di bahagian dan daerah akan turun padang masuk ke kampung-kampung dalam usaha bersamasam­a mereka di pedalaman meraikan dan seterusnya membangkit­kan semangat cinta negara agar subur sepanjang hidup kita.

“Kembara Merdeka ini akan diteruskan sehingga Hari Kebangsaan nanti, manakala program lain seperti Pertanding­an Fotografi NegaraKu, Pertanding­an Poster NegaraKu, Pertanding­an Keceriaan NegaraKu, Pertanding­an Grafiti Negaraku dan Buskers NegaraKu di Kota Kinabalu, Keningau dan Kota Belud akan diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

“Kita juga menggalakk­an pihak NGO untuk bersamasam­a menganjurk­an program sebegini bagi menggelora­kan sambutan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Program Negaraku@Merdeka di Dewan Mini Kampung Minintod, Inanam pada Selasa.

Suwadi turut berterima kasih kepada masyarakat tempatan yang memberi sokongan dengan menyertai program yang telah dirancang oleh pihaknya.

“Kami sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat pada hari ini kerana mereka memberi sokongan yang baik dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dengan sukarela.

“Sokongan itu memberi semangat kepada kami untuk meneruskan program-program yang telah dirancang.

“Sebagai contohnya hari ini, sambutan amat menggalakk­an sewaktu kita melalui beberapa tempat dan kampung di sekitar Kota Kinabalu dan semasa aktiviti Buskers dan Kuiz, orang ramai secara sukarela menyertain­ya dan saya harap ini merupakan permulaan yang baik untuk masa-masa akan datang nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Suwadi turut menyeru Generasi Y atau Generasi TN50 untuk terus memupuk semangat cinta negara dan menghargai kemerdekaa­n yang telah dikecapi hasil perjuangan pemimpin-pemimpin lepas.

Kembara berkenaan dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman di perkaranga­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 1 Ogos.

Bagi penduduk Kampung Kopungit, Jially @Peter Petrus, 50, usaha Japen masuk ke kampung menggelora­kan sambutan Bulan Kebangsaan 2017 adalah bertepatan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada kerajaan terutamany­a Japen kerana berjaya melaksanak­an program sebegini di kampung kami.

“Program sebegini adalah sesuatu yang baik dan secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada masyarakat terutamany­a kanak-kanak tentang bagaimana kita dapat menghargai erti kemerdekaa­n.

“Kalau kita lihat di kaca televisyen setiap hari terdapat banyak peperangan dan pemberonta­kan di negara lain, tapi syukur di Malaysia ini kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan dengan aman damai,” katanya.

Jially yang mengidap penyakit strok sejak empat tahun lalu merupakan seorang daripada penerima bantuan barangan harian daripada Japen di majlis itu pada Rabu.

Sementara itu, warga emas Kampung Minintod, Inanam, Pilihia Bojiki, 64, berkata kedatangan rombongan Kembara Merdeka NegaraKu ke kampung berkenaan menjadi kebanggaan kepada mereka.

“Ini adalah kali pertamanya program seumpama ini diadakan di kampung kami dan pastinya seluruh penduduk kampung berbangga kerana kampung kami dipilih.

“Bagi sambutan kebangsaan tahun ini, saya dan keluarga merancang untuk bersamasam­a masyarakat Sabah menonton perbarisan Hari Kebangsaan di Kota Kinabalu hujung bulan nanti.

“Saya berharap usaha itu akan dapat memberi pendedahan kepada anak dan cucu-cucu saya tentang kemerdekaa­n negara di samping dapat melihat pemimpin negeri dengan lebih dekat,” katanya gembira.

Program mendapat kerjasama daripada pemimpinpe­mimpin tempatan antaranya Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Putatan Awang Abd Ghani Pengiran Yusoff; Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Abdul Mukti Hj Muclish; Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat merangkap Ketua Bahagian PBS Inanam Fredolin Totin Bangon; Ketua Kampung Minintod Adis Lobinson; Pengerusi Permuafaka­tan Komuniti 1Malaysia Negeri Sabah Tahir Mohd Soon dan Penasihat Komuniti 1Malaysia Foh Sang Chin Tek Ming.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat Japen Sabah merangkap Ketua Konvoi Kembara Merdeka Negaraku, Wasrin Zakaria.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan program-program anjuran Japen Sabah pada sepanjang Bulan Kebangsaan 2017, orang ramai boleh melayari Facebook, Instagram dan Twitter Jabatan Penerangan Sabah. -Jabatan Penerangan

 ??  ?? BARISAN kenderaan yang menyertai program Kembara Merdeka NegaraKu 2017 pada Selasa.
BARISAN kenderaan yang menyertai program Kembara Merdeka NegaraKu 2017 pada Selasa.
 ??  ?? PENDUDUK Kampung Minintod bergambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas selesai acara.
PENDUDUK Kampung Minintod bergambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas selesai acara.
 ??  ?? PARA peserta konvoi mengadakan ziarah dan menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang pesakit lumpuh di Kampung Kopungit.
PARA peserta konvoi mengadakan ziarah dan menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang pesakit lumpuh di Kampung Kopungit.
 ??  ?? WASRIN (kanan) mengetuai rombongan Kembara Merdeka NegaraKu 2017.
WASRIN (kanan) mengetuai rombongan Kembara Merdeka NegaraKu 2017.
 ??  ?? JIALLY (duduk, kanan) menerima sumbangan daripada Wasrin (dua dari kiri).
JIALLY (duduk, kanan) menerima sumbangan daripada Wasrin (dua dari kiri).
 ??  ?? WASRIN (tiga dari kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Chin (dua dari kanan).
WASRIN (tiga dari kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Chin (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia