Utusan Borneo (Sabah)

Bakal jemaah haji diingatkan jaga kesihatan ketika di Mekah

-

BINTULU: Bakal jemaah haji dari bahagian ini yang akan mengerjaka­n ibadah haji diingatkan menjaga kesihatan diri semasa menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hamdiah Bakir berkata bakal haji perlu saling bekerjasam­a, memberi motivasi dan sokongan, saling membantu dan sebagainya.

“Pelbagai ujian bakal ditempuhi jemaah haji namun mereka diharap sentiasa bersabar dan reda semasa mengerjaka­n ibadah,” katanya ketika meraikan keberangka­tan 50 jemaah haji Bintulu di Lapangan Terbang Bintulu ke Sibu dan ke Kuching pada Isnin. Turut hadir Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad, Pemanca Rosli Kamaruddin dan tetamu lain.

Beliau berkata, jemaah haji juga diharap dapat menjaga diri dan melakukan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sekaligus didoakan mendapat keberkatan dan haji mabrur.

Dalam pada itu, Pengurus Tabung Haji (TH) Bintulu Abdul Aziz Obeng berkata jemaah haji diminta mengikuti segala arahan petugas-petugas TH semasa berada di Tanah Suci Mekah.

Beliau turut menyeru jemaah haji menjaga kesihatan diri dan berehat secukupnya terutama dalam menghadapi keadaan suhu dan cuaca di tanah suci.

Katanya, jemaah haji Bintulu berangkat dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching jam 2.10 pagi Rabu (2 Ogos) ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) seterusnya bersama jemaaah di sana.

Penerbanga­n pertama berlepas pada 24 Julai ini sementara penerbanga­n terakhir dijangka pada 25 Ogos dan semua jemaah haji dijadualka­n pulang ke tanah air pada 7 September dan penerbanga­n terakhir pada 4 Oktober.

Seramai 50 jemaah haji Bintulu bertolak dari Lapangan Terbang Bintulu jam 6.35 petang fasa pertama menerusi penerbanga­n KT24Qdenga­npenerbang­an MH3383 Maswings dari Bintulu ke Sibu dan seterusnya ke Kuching tiba jam 8.15 malam (Isnin).

Seorang jemaah haji menggunaka­n kerusi roda menyertai jemaah haji Bintulu menunaikan ibadah haji tahun ini ialah Jainap Dolah, 78, dari Kampung Jepak di sini.

Jemaah haji Bintulu melapor diri jam 11.20 malam Selasa (1 Ogos) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching seterusnya berlepas ke Kuala Lumpur jam 2.10 pagi (Rabu) dan ke Madinah dengan pesawat MH8167.

Keseluruha­nnya terdapat 71 bakal jemaah haji dari Bintulu menunaikan ibadah haji tahun ini dan bakinya 50 jemaah haji muassasah adalah jemaah haji menggunaka­n pakej TH, 1MDB dan swasta dengan penerbanga­n berbeza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia