Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat luar bandar perlu berfikiran jauh

-

SIBU: Rakyat di kawasan luar bandar perlu berfikiran lebih jauh ke hadapan supaya tidak ketinggala­n dalam perancanga­n Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang dirangka kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata mereka perlu berfikiran positif dan menerima hakikat dengan tuntutan semasa yang berubah mulai sekarang.

Katanya kerajaan menggalakk­an golongan muda memberi pandangan mengenai pembentuka­n negara yang mereka inginkan menjelang 2050.

“Kita mahu anak di kawasan luar bandar mempunyai masa depan yang lebih terjamin,” katanya pada Program Penghayata­n 1Malaysia (SEPAKAT) anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin di Rumah Watson Lasu, Sungai Pelugau, di sini pada Isnin.

Ahli Parlimen Selangau itu turut menasihati rakyat di kawasan luar bandar memanfaatk­an semua pemberian geran projek kerajaan demi manfaat jangka panjang.

“Saya juga cadangkan di sini supaya anda mencari peluang yang dapat menjana pendapatan di peringkat rumah panjang masing-masing.

“Sebagai contoh, melabur dalam amanah saham atau membuat simpanan di bank yang mana dividen duit dilaburkan atau disimpan itu dapat menambah jumlah duit yang ada.

“Begitu juga apabila anda menceburi bidang pertanian, di mana wang hasil jualan pertanian juga dapat menjana pendapatan,” katanya sambil memberitah­u semua itu merupakan sebahagian daripada usaha menuju TN50.

Padamajlis­itu,Entulumeng­umumkan geran sejumlah RM17,000 kepada Biro Wanita Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Selain itu, beliau turut mengumumka­n geran masing-masing sejumlah RM5,000 kepada K1M Skim Sekuau, K1M Pekan Selangau dan K1M Sungai Pelugau.

Beliau juga menyerahka­n cek geran MRP kepada JKKK Rumah Sujang, Nanga Maing, JKKK Luak dan JKKK Rumah Ado.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Adriana Chumang Nyambong, Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami, Pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Sibu Rosman Zaini, Penghulu Thomas Jawa, Penghulu Richard Empaling, Kaunselor Dali Merawing serta yang lain.

 ??  ?? ENTULU (baju putih) menerima cenderamat­a daripada Thomas pada Program Penghayata­n 1Malaysia (SEPAKAT) di Rumah Watson Lasu, Sungai Pelugau.
ENTULU (baju putih) menerima cenderamat­a daripada Thomas pada Program Penghayata­n 1Malaysia (SEPAKAT) di Rumah Watson Lasu, Sungai Pelugau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia