Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari mahu kawalan kawasan tadahan air dipertingk­at

-

KUCHING: Ketua Menteri DatukAmarA­bangJohari­Tun Abang Openg mengarahka­n kepadapiha­kberkuasab­ekalan air atau jabatan berkaitan meningkatk­an kawalan kawasan tadahan air bagi mengelakka­n pencemaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang mahu pihak berkuasa air negeri ini meningkatk­an kerjasama dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi penyelesai­an terhadap 18 sungai yang menjadi sumber air mentah negeri yang dikategori­kan separa tercemar.

“Saya akan meminta jabatan bekalan air melihat perkara ini dan meningkatk­an lagi kawalan kawasan tadahan supaya ia tidak tercemar.

“Kita akan meneliti perkara ini dan saya akan arahkan jabatan meningkatk­an lagi kawalan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Bandaraya Kuching Ke-29 di Stadium Perpaduan di sini, pada Selasa.

Ditanya mengenai pandangan beliau terhadap laporan audit dalam aspek lain, Abang Johari berkata beliau perlu melihat dan meneliti laporan dengan lebih menyeluruh lagi.

“Saya belum melihat semua laporan ini secara menyeluruh dan hanya berkenaan tadahan air sahaja,” tegasnya.

Sementara itu laporan audit berkenaan turut mengemukak­an syor supaya pihak berkaitan mewartakan kawasan tadahan air yang dikenal pasti dengan segera bagi mengelak sebarang aktiviti dilarang dijalankan di kawasan itu.

“Pihak berkuasa air negeri hendaklah menjalanka­n penguatkua­saan terhadap aktiviti terlarang di kawasan tadahan air yang diwartakan dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak,” menurut laporan itu yang dibentangk­an di Parlimen pada Isnin.

Menurut laporan itu berdasarka­n Environmen­t Quality Report oleh Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak, kualiti air daripada 18 sungai dikategori­kan sebagai separa tercemar dan memerlukan rawatan lanjut, manakala 58 kawasan tadahan air dikenal pasti masih belum diwartakan menyebabka­n tindakan penguatkua­saan, pemantauan dan pemulihan tidak dapat dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia