Utusan Borneo (Sabah)

Telupid bakal kuasa besar karate

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Perkembang­an drastik sukan karate di Telupid meletak keyakinan banyak pihak daerah itu bakal menjadi kuasa besar mencabar dominasi beberapa daerah seperti Penampang, Tenom, Tambunan, Keningau, Papar dan Kota Kinabalu.

Setiausaha Agung PersatuanK­arateSabah(SKA) Julian Chin berkata, Telupid merupakan antara daerah di Sabah yang kian meningkat maju serta melahirkan atletatlet berbakat besar.

“Tahniah SKA cawangan Telupid. Jika usaha ini berterusan, tidak hairan untuk melihat daerah itu menjadi kuasa digeruni suatu hari nanti kerana daerah itu semenangny­a memiliki ramai atlet berpotensi.

“Terima kasih juga pada ibu bapa dan pihak sekolah yang telah memberi sokongan padu untuk anak-anak dan para pelajar mereka mempelajar­i seni mempertaha­nkan diri ini.

“Dengan keadaan sosial hari ini, kita dituntut untuk setidak-tidak mengetahui asas untuk mempertaha­nkan diri, dan menceburka­n diri dalam sukan seni mempertaha­nkan diri merupakan satu pilihan yang sangat sesuai,” jelas beliau yang juga ketua jurulatih negeri ketika dihubungi Rabu.

“Apa yang penting, untuk menjadi seorang atlet yang hebat, ianya bukan sekadar bergantung pada bakat, tetapi kesungguha­n dan ketabahan berlatih serta disiplin yang tinggi mendengar tunjukajar jurulatih merupakan kunci kejayaan,” tambah Julian mengulas penyertaan luar dugaan semasa Program Mengenalpa­sti Bakat (TID) SKA 2017 pada Ahad.

Program TID itu menyaksika­n 140 pelatih menghadiri ujian di Telupid manakala ujian di Ranau disertai oleh 13 pelatih.

TID SKA yang diadakan di seluruh daerah utama di negeri ini merupakan program tahunan bertujuan untuk mencungkil lebih ramai bakat untuk mewakili Sabah dan Malaysia.

Dalam masa yang sama, ini juga merupakan peluang SKA untuk melawat dan meninjau latihan yang dijalankan oleh cawangan dan kelab-kelab naungan persatuan itu.

 ??  ?? JULIAN Chin (belakang tengah) bersama jurulatih dan para peserta TID SKA 2017 di Ranau.
JULIAN Chin (belakang tengah) bersama jurulatih dan para peserta TID SKA 2017 di Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia