Utusan Borneo (Sabah)

Kg Merampong Keningau muncul johan

Pertanding­an Anugerah Desa Perdana

- Oleh YAP SIONG HAN

Hadiah yang lumayan akan menanti pemenang di peringkat kebangsaan. Selain wang tunai sebanyak RM100,000 untuk johan, kampung yang menang juga akan diberikan projek bernilai RM600,000. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KOTA KINABALU: Kampung Merampong Keningau muncul johan dalam pertanding­an Anugerah Desa Perdana peringkat Sabah 2017 seterusnya membawa balik hadiah RM12,000, piala dan sijil.

Kampung itu berjaya mengalahka­n Kg Sugiang Tengah Tenom yang berada di tempat kedua dan Kg Seganga Lahat Datu ketiga yang mana, masing-masing menerima RM10,000 dan RM8,000 beserta piala dan sijil.

Manakala, johan pertanding­an di peringkat Labuan dimenangi oleh Kg Layang-Layangan dengan mengalahka­n Kg Sungai Miri di tempat kedua dan Kg Lubok Temiang ketiga.

Menteri Kemajuan Luar BandardanW­ilayahDatu­kSeri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun ini, sebanyak 582 kampung bertanding di peringkat daerah dan 159 kampung di peringkat negeri manakala peringkat kebangsaan akan diwakili sebanyak 23 kampung yang menyertai pertanding­an itu.

Katanya, 23 kampung itu akan mewakili kategori kampungtra­disionalte­rmasuk rumah panjang dan kampung orang asli.

“Penghakima­n dan pemarkahan pertanding­an ini dibahagika­n kepada beberapa aspek penilaian iaitu patriotism­e dan kemasyarak­atan, kepimpinan dan pentadbira­n, pendidikan dan latihan, ekonomi dan keusahawan­an, pemerkasaa­n peranan belia, teknologi maklumat dan komunikasi, kebersihan, kesihatan dan keceriaan kampung serta pengawasan kemudahan asas kampung.

“Hadiah yang lumayan akan menanti pemenang di peringkat kebangsaan. Selain wang tunai sebanyak RM100,000 untuk johan, kampung yang menang juga akan diberikan projek bernilai RM600,000.

“Tempat kedua pula akan menerima RM50,000 dan RM250,000 dalam bentuk projek manakala tempat ketiga akan menerima RM30,000 dan RM100,000 dalam bentuk projek,” katanya pada Program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK Zon Sabah dan Penyampaia­n Anugerah Desa Perdana Zon Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, di sini pada Isnin.

Ismail Sabri berkata, kemuncak pertanding­an akan diadakan pada 22 Ogos ini yang disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kampungkam­pung yang mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan perlulah mempamerka­n kekuatan masing-masing kepada panel hakim bagi membuktika­n bahawa kampung mereka adalah benar-benar layak dipilih sebagai kampung terbaik tahun ini.

“Kalah dan menang adalah adat pertanding­an dan saya berharap pertanding­an ini dapat dijadikan motivasi kepada semua yang terlibat untuk terus berjaya pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaska­n bahawa peranan yang dimainkan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) adalah sangat penting kepada kerajaan.

Katanya, walaupun JKKK adalah pemimpin di peringkat paling bawah tetapi mereka mempunyai tanggungja­wab besar kepada masyarakat yang dipimpin.

“Mereka perlu dibantu untuk meningkatk­an kecekapan kepimpinan dan mempunyai ilmu yang luas dalam hal ehwal pengurusan kampung serta pengurusan masyarakat.

“Ini kerana, kejayaan dan kemajuan sesebuah kampung terletak pada kebijaksaa­an kepimpinan, tadbir urus yang efisien serta kerjasama erat anggota masyarakat­nya.

“Untuk itu, KKLW telah menyediaka­n pelbagai program latihan yang dilaksanak­an secara berterusan untuk meningkatk­an daya saing pengerusi JKKK dan ahli jawatankua­sanya,” katanya.

Katanya, latihan itu dilaksanak­an menerusi Institut Kemajuan Desa (Infra) iaitu sebuah institusi latihan di bawah KKLW.

Untuk Sabah, katanya, Infra Cawangan Sabah telah menjalinka­n kerjasama dengan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar bagi melaksanak­an program latihan kepada kepimpinan akar umbi melalui Bengkel Pelan Tindakan Kampung Sejahtera dan kursus lain yang bersesuaia­n dengan keperluan semasa.

“Program yang difokuskan kepada kampung-kampung mundur ini bertujuan menarik penglibata­n penduduk dalam memberi cadangan dan pandangan bagi membangun serta memajukan kampung dari aspek kemudahan prasarana, kemajuan ekonomi dan program pembanguna­n modal insan.

“Tahun ini, KKLW mengambil langkah pembaharua­nkepadapro­gram latihan JKKK dengan memperkena­lkan latihan yang lebih komprehens­if dan memberi nilai tambah kepada latihan sedia ada iaitu program Sijil Tadbir Urus Desa,” katanya.

Katanya, program itu yang dilaksanak­an oleh Infra dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyasarka­n untuk melahirkan JKKK yang profesiona­l dan kompeten.

Ismail Sabri berkata, program yang berasaskan modul khas itu meliputi topik Pelan Strategik Desa, Pentadbira­n Desa dan Pengurusan Kewangan, Pemantauan Projek, Keusahawan­an dan Tanggungja­wab sebagai Penolong Pendaftar Pemilih.

“Sehingga kini, hampir 3000 JKKK telah mengikuti latihan ini dan program di Sabah ini adalah siri terakhir bagi pelaksanaa­n peringkat pertama tahun ini.

“Saya yakin semua baki 13,000 akan berpeluang mengikuti program ini selewat-lewatnya pada tahun 2018,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

 ??  ?? MUSA (tengah) dan Ismail Sabri (empat kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang pertanding­an dan peserta latihan.
MUSA (tengah) dan Ismail Sabri (empat kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang pertanding­an dan peserta latihan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUSA (dua kiri) dan Ismail Sabri (kiri) menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
MUSA (dua kiri) dan Ismail Sabri (kiri) menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
 ??  ?? MUSA (tengah) bersama Ismail Sabri (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang.
MUSA (tengah) bersama Ismail Sabri (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang.
 ??  ?? PASUKAN Kampung Sugiang Tengah Tenom merakamkan gambar kenangan.
PASUKAN Kampung Sugiang Tengah Tenom merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? ANTARA peserta latihan Sijil Tadbir Urus Desa.
ANTARA peserta latihan Sijil Tadbir Urus Desa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia