Utusan Borneo (Sabah)

Sabah `lombong’ atlet MuayThai

Wakili Malaysia sertai Kejohanan Remaja Dunia 2017 di Bangkok

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah menjadi `lombong’ atlet MuayThai mewakili Malaysia menyertai Kejohanan Remaja Dunia 2017 di Bangkok, Negara Thai bermula 3-11 Ogos.

Dari jumlah 12 peserta, enam dari jumlah itu merupakan pelatih dari Sabah yang akan bersaing dengan atlet dari 76 negara lain.

Presiden Persatuan MuayThai Negeri Sabah (PMN Sabah) Ir. Haji Nazri Abd Razak berkata, kesemua atlet itu terpilih selepas mempersemb­ahkan aksi memberangs­angkan semasa Kejohanan MuayThai Remaja Kebangsaan sempena Pra Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada awal Julai.

Mereka terdiri dari Daniel Fiedieans Maideh yang akan bertarung dalam Kategori 42 kilogram(kg)peringkatu­mur 12-13tahun,KallensBar­thez Jafili (57kg 14-15 tahun), Areen Khan Shahzam (45kg 1617 tahun), Riedzwan Norsyahmie Daud (48kg 16-17 tahun), Mohd Shazmiel Shahzam (57kg 1617 tahun) dan Kenny Jafili (71kg 16-17 tahun).

“Saya bersama pengurus pasukan Ajman Ajmain dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih dariSabahi­aituCyrill­e Dhillon Tahing, Rayner Kinsiong dan Hamzah Hassan akan mengiring pasukan negara ke Bangkok. “Dengan keupayaand­anlatihan yang berterusan serta pemantapan tekniktekn­ik yang dilakukan, atlet negara telah bersiap sedia untuk bertanding di kejohanan berprestij dunia.

“Dengan prestasi dan tahap kemampuan yang ditunjukka­n oleh petinju MuayThai remaja Sabah, saya yakin mereka mampu melakukan yang terbaik demi Sabah dan Malaysia,” jelas Nazri melalui kenyataan akhbar pada Rabu.

“Bagi pihak persatuan, saya mengucapka­n jutaan terima kasih pada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dan Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) yang sentiasa memberi sokongan padu ke atas sukan MuayThai di Sabah.

“Terima kasih juga pada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah atas kerjasama serta penghargaa­n yang diberi ke atas atlet yang juga pelajar di sekolah masingmasi­ng untuk meraikan kemenangan dan secara tidak langsung memperoleh markah ko-kurikulum yang baik,” tambah beliau.

“Penghargaa­n juga buat Institut Sukan Negara (ISN) Negeri Sabah yang telah memberi ceramah psikologi sukan untuk meningkatk­an lagi mora para atlet ini bertarung diperingka­t antarabang­sa,” katanya lagi.

Dengan keupayaan dan latihan yang berterusan serta pemantapan teknik-teknik yang dilakukan, atlet negara telah bersiap sedia untuk bertanding di ” kejohanan berprestij dunia.

 ??  ?? RIEDZWAN
RIEDZWAN
 ??  ?? KALLENS
KALLENS
 ??  ?? KENNY
KENNY
 ??  ?? MOHD SHAZMIEL
MOHD SHAZMIEL
 ??  ?? AREEN
AREEN
 ??  ?? DANIEL
DANIEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia