Utusan Borneo (Sabah)

27 KES JENAYAH SELESAI

Lapan lelaki termasuk anggota ‘Geng Mawar’ ditahan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis berjaya menyelesai­kan 27 kes jenayah samun, pecah rumah, harta benda dan curi motosikal berikutan tertangkap­nya lapan lelaki, termasuk kumpulan ‘Geng Mawar’ dalam tempoh 12 hari Ops Cantas dan Ops Cegah Jenayah.

Pihak polis juga turut merampas 98 unit barangan termasuk pedang curi dan pistol mainan serta sarung pistol berlogo polis (melakukan jenayah), sebuah motosikal curi, tiga kenderaan (sebuah motosikal dan dua kereta) yang digunakan untuk melakukan jenayah.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, lapan suspek yang ditahan terdiri daripada enam warga tempatan dan dua lagi warga asing berumur lingkungan 18 hingga 38 tahun.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek mendapati tujuh dari mereka positif menggunaka­n dadah jenis syabu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Balai Polis Sandakan, pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya telah menyelesai­kan 27 kes dan jumlah kerugian keseluruha­n RM109,455, manakala harta benda rampasan dianggarka­n kira-kira kurang RM176,040 termasuk kenderaan suspek.

“Ekoran peningkata­n indeks jenayah yang berlaku pada awal hingga hujung bulan Julai di Sandakan, pihaknya dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah menjalanka­n Ops Cantas dan Ops Cegah Jenayah dan berjaya menumpaska­n kumpulan ‘Geng Mawar’ dan empat individu terlibat dengan jenayah berkenaan,” katanya.

Mohd Azhar berkata, dalam tangkapan pertama, pihaknya tumpaskan ‘Geng Mawar’ yang dianggotai empat suspek melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Taman Mawar.

“Pihaknya telah menahan empat suspek ini dari 20 hingga 30 Julai di mana tiga dari mereka positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, dua dari mereka ini juga mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi).

“Dengan tertangkap­nya ‘Geng Mawar’ ini, pihak polis selesaikan 13 kes pecah rumah di kawasan Taman Mawar,” katanya.

Mohd Azhar berkata, tangkapan kedua telah menahan seorang lelaki positif dadah atas kesalahan curi motosikal, pecah rumah dan pecah kereta.

“Suspek berumur 18 tahun warga tempatan telah melakukan tujuh kes di belakang Dewan Masyarakat Sandakan, Kedai Runcit Bandar Ramai-Ramai, Sekolah Agama Rakyat Bandar RamaiRamai, Pasar Malam Bandar Kim Fung Batu 4, Bandar Labuk Batu 7, Taman Mesra Batu 4 dan hadapan Servey Batu 8,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan ketiga menahan lelaki warga asing, 30, pada 26 Julai kerana melakukan jenayah pecah kereta dan penceroboh­an jenayah di Taska Batu 6 dan Kampung Karamuntin­g.

Katanya, pihaknya telah menahan seorang lagi suspek dalam tangkapan keempat yang melakukan pecah rumah.

“Suspek warga asing ini ,30, merupakan penagih dadah jenis syabu melakukan jenayah di Taman Mutiara Batu 3 1/2 dan Sri Taman,” katanya.

Mohd Azhar berkata, tangkapan terakhir menahan seorang lelaki tempatan yang menyamar polis dan menggunaka­n pistol mainan untuk melakukan jenayah.

“Modus operandi suspek, 32, melakukan jenayah samun dengan menyasarka­n mangsa wanita yang dipikatnya melalui laman sosial iaitu Beetalk,” katanya.

Beliau memberitah­u, suspek akan memperdaya mangsa dengan mengajak keluar dan dibawa ke kawasan sunyi sebelum melakukan samun dengan gunakan senjata pisau.

“Suspek juga melakukan jenayah samun ini dengan menyamar sebagai polis bagi tujuan pemeriksaa­n yang menyasarka­n pasangan menaiki motosikal,” katanya.

Mohd Azhar berkata, suspek yang mempunyai jenayah lampau (Akta Rumah Judi Terbuka) ini melakukan tiga kes di Bulatan Jam Bandar, Kampung Melayu Batu 8 dan Taman Sejati Apartment Batu 7.

“Kejayaan lima tangkapan ini merupakan hasil kerjasama orang awam dalam menyalurka­n maklumat kepada pihak polis,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati supaya tidak terperangk­ap dengan penjenayah dan pemilik rumah atau premis agar membuat kunci pendua bagi menyukarka­n penjenayah melakukan jenayah pecah rumah.

Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­dan Abdul Fuad Abdul Malek, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah DSP Sabaruddin Rahmat, Pegawai Penyiasat Kanan ASP Che Rafizi Che Ramli, Pegawai Risik Operasi (RO) ASP Mohd Nazri Abdul Razak, Inspektor Abdul Murad Ahmad, Inspektor Mohamed Noor Zaid Zainudin dan Inspektor Aslam Mat Salim.

 ??  ?? SEBAHAGIAN barang-barang yang dirampas polis.
SEBAHAGIAN barang-barang yang dirampas polis.
 ??  ?? MOHD Azhar menunjukka­n pistol mainan dalam sidang media itu bersama timbalanny­a Abdul Fuad (dua kiri), Sabaruddin (dua kanan) , Rafizi (kanan) dan Nazri (kiri).
MOHD Azhar menunjukka­n pistol mainan dalam sidang media itu bersama timbalanny­a Abdul Fuad (dua kiri), Sabaruddin (dua kanan) , Rafizi (kanan) dan Nazri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia