Utusan Borneo (Sabah)

10 BBP dibina dalam tempoh lima tahun

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dijangka dibina di Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, pihaknya sedang dalam perancanga­n penambahan pembinaan 10 BBP berkenaan.

“Setakat ini kita sudah mempunyai 21 BBP di Sabah dengan tambahan empat lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun ini dan 2018.

“Jika tiada halangan dan proses pembinaan adalah lancar seperti perancanga­n asal, Sabah akan mempunyai tambahan 10 lagi BBP menjelang 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Majlis Persaraan membabitka­n 24 anggota keseluruha­n JBPM Sabah, di sini pada Jumaat.

Turut hadir Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi dan timbalanny­a Zuraidah Latip.

Bercakap lanjut mengenai empat BBP termasuk BBP Kimanis, Beluran, Pitas dan Sook yang sedang dalam pembinaan, Wan Mohd Nor berkata dua daripada BBP terbabit dijangka siap penghujung tahun ini.

“BBP Beluran kini sudah siap sebanyak 95 peratus manakala BBP Kimanis siap sebanyak 93 peratus.

“Bagi BBP Sook dan Pitas, setakat ini hanya mencapai 15 dan 10 peratus pembinaan dan kita jangkakan kedua-dua BBP siap pada September 2018,” katanya sambil menambah aset serta penempatan anggota kini sudah ditetapkan dan akan dipindahka­n sebaik siap sepenuhnya.

Sementara itu, Nordin berkata pihaknya belum mengeluark­an statistik kebakaran hutan dan semak berikutan keadaan cuaca kemarau masih di tahap permulaan.

“Kita menjangka menerima lebih banyak panggilan kecemasan selepas ini berkaitan kes kebakaran hutan dan semak jika tiada perubahan cuaca.

“Saya nasihatkan masyarakat dan orang ramai agar tidak memulakan pembakaran terbuka terutama di kawasan ladang yang boleh merebak ke kawasan sekitar sehingga beratus ekar seperti berlaku sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, bagi menyedarka­n lebih ramai masyarakat tentang bahaya api terutamany­a kesan pembakaran terbuka pada musim kemarau, pihaknya sudah membuat hebahan di stesen radio tempatan dan saluran media lain.

 ??  ?? NORDIN (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada salah seorang daripada 12 pesara dengan diperhatik­an oleh Wan Mohd Nor dan Zuraidah.
NORDIN (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada salah seorang daripada 12 pesara dengan diperhatik­an oleh Wan Mohd Nor dan Zuraidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia