Utusan Borneo (Sabah)

Tiada ancaman pengganas yang menggugat kedaulatan negara di Sabah

-

LAHAD DATU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak mengesan sebarang ancaman pengganas yang mampu menggugat kedaulatan negara di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) setakat ini, kata Komanderny­a, Datuk Hazani Ghazali (gambar).

Namun beliau berkata yang dikesan di Esszone melibatkan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penculikan untuk wang tebusan, penyeludup­an serta pengeboman ikan.

“Sebab itu Esscom yang dinaungi tiga cabang pasukan keselamata­n iaitu polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang mengawasi perairan Esszone ini kena amat berwaspada setiap masa dan tidak boleh bekerja sambil lewa.

“Kalau leka sebab itu ada pendatang asing tanpa izin (PTI) yang masuk... penjenayah licik, kita kena lagi licik, mereka buka laluan baharu, kita tutup laluan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, keadaan keselamata­n di Esszone ketika ini terkawal dan unsur menunjukka­n kekuatan yang dilaksanak­an seperti rondaan aset di laut, udara dan darat menampakka­n kesan positif dalam membendung aktiviti subversif berleluasa.

“Helikopter sangat diperlukan di kawasan Esszone untuk membuat pintasan dan rondaan terhadap aktiviti jenayah rentas sempadan ini kerana apabila mereka (penjenayah) ini melihat unsur menunjukka­n kekuatan itu mereka patah balik...elemen ini sangat membantu,” katanya lagi.

Hazani berkata Esscom akan terus mengetatka­n kawalan di sempadan di samping melaksanak­an operasi bersepadu termasuk mengekang kemasukan PTI ke negeri ini.

Dalam pada itu menurutnya, kerjasama rondaan maritim tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina di perairan Sulu berjalan lancar sejak dilancarka­n pada Jun lepas.

“Setakat ini kita Esscom telah menjalanka­n rondaan sempadan perairan bersama Indonesia dan Filipina, selain itu kita juga ada bertukar maklumat ... dan pada Oktober ini satu mesyuarat akan diadakan bagi membincang format pengoperas­ian,” katanya lagi.

Menurutnya, inisiatif kerajaan untuk bekerjasam­a dengan negara jiran dalam mengekang jenayah rentas sempadan ini turut mengembali­kan keyakinan pelancong berkunjung ke Esszone.

Katanya, sepanjang tahun ini statistik merekodkan peningkata­n kemasukan pelancong luar negara dan tempatan ke Esszone dengan purata kemasukan adalah 1,200 pelancong setiap hari.

“Kebanyakan mereka yang datang ini melancong kepulau-pulaudiSem­porna dan Sandakan,” katanya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia