Utusan Borneo (Sabah)

Wester pertaruh single baharu ‘Hari Esok’

Lagu Melayu pertama temui peminat hujung tahun

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

HASRAT Penyanyi Kadazan-Dusun, Wester Maljos untuk menerbitka­n single Melayu pertamanya ‘Hari Esok’ bakal direalisas­ikan hujung tahun ini.

Lagu dan lirik ciptaan Hezron G.Koro dan susunan muzik Josue James Lintaya masih dalam proses pembikinan. Berbeza dengan genre lagu yang pernah diterbitka­nnya sebelum ini, melodi lagu yang dicipta seiring dengan perkembang­an muzik tempatan dalam susunan muziknya.

Di bawah naugan Tamuya Recording Studio, Wester mempunyai perancanga­n tersendiri untuk mempromosi single itu.

Lagu Wester pernah diterbitka­n dalam album kompilasi Kadazan sebelum ini bersama artis Sabah lain termasuk Jeffson Jeffrin Sipili, Anna Stanislaus, Alice Marius dan berjudul Tinimungan Huhumozon Kadazan 2015.

Dalam album kompilasi terbitan Pusakag Production, Wester mempopular­kan single Oi Ina dan Dandi Di Au Notullok.

Single beliau juga terbitkan album kompilasi Krismas 2014 dan Tomodo Koh Noh bersama artis Sabah lain. Tomodo Koh Noh (Damailah kau disana) adalah lagu tribute kepada tragedi MH17 susunan muzik Douglas Henry.

Langkah pertama penyanyi kelahiran Penampang ini menembusi industri seni tempatan apabila single ‘Oi Ina’ dicalonkan dalam Juara Carta Lagu Kadazan Dusun RTM Sabah V Fm Musim 6 sebagai finalis.

Meskipun hanya mendapat tempat saguhati dan anugerah lirik lagu terbaik, Wester berpuas hati dan ianya titik permulaan baginya melebarkan sayap dalam kerjaya sebagai seorang penghibur.

Ciptaan sepenuhnya oleh Alice Marius, ‘Oi Ina’ (Oh Ibu) dalam bait liriknya mengisahka­n pengorbana­n dan kegigihan seorang ibu membesarka­n anaknya.

Sebagai seorang pelajar universiti, ianya tidak menghalang wester untuk terus berkarya dalam industri seni tempatan. Selain menyanyi, beliau juga aktif dalam persatuan Tari dan Teater Primatari, D’Elite Dance Company, Artis Tari UMS (Artums) dan beberapa produksi lain.

Wester akui untuk menghasilk­an sebuah lagu berkualiti, susunan muzik dan nyanyian perlu seiring dan menepati citarasa pendengar muzik semasa.

Harapan beliau untuk single ‘Hari Esok’ diterima baik masyarakat dan menembusi carta-carta lagu sekitar Sabah jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? WESTER bersama pencipta lagu ‘Oi Ina’ Alice Marius. (Kanan) Wester semasa pertanding­an Juara Carta Lagu Kadazan Sabah V Fm musim 6.
WESTER bersama pencipta lagu ‘Oi Ina’ Alice Marius. (Kanan) Wester semasa pertanding­an Juara Carta Lagu Kadazan Sabah V Fm musim 6.
 ??  ??
 ??  ?? MENERIMA Anugerah Lirik Terbaik semasa mengikuti pertanding­an Juara Carta Lagu Kadazan Sabah V Fm
MENERIMA Anugerah Lirik Terbaik semasa mengikuti pertanding­an Juara Carta Lagu Kadazan Sabah V Fm

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia