Utusan Borneo (Sabah)

Program kemasyarak­atan jadi keutamaan

Babitkan pelbagai agensi kerajaan dan NGO

- Oleh SURAIDAH ROSLAN SIRI 3

K

ETIKA sedang menanti kedatangan bot di Kampung (Kg.) Sum Sum untuk kembali ke ND Diver’s Lodge selepas membeli barangan keperluan, Anuar Ismail terlihat gelagat seorang budak lelaki sedang menyorong gerobak (kereta sorong) yang penuh dengan barangan.

Walau gerobak itu kelihatan sarat dengan muatan, budak berusia 11 tahun yang bertubuh kecil itu kelihatan amat bertenaga menyorong gerobak berkenaan menuju ke jeti. Biarpun ketika itu bulan Ramadan, tenaga anak kecil setinggi 120cm itu amat luar biasa.

“Sebenarnya sudah beberapa kali saya ternampak budak yang dikenali sebagai Yusry ini di jeti berkenaan. Tapi tidak pernah saya dan rakan lain bersembang dengannya.

“Namun pada Ramadan 2016, terdetik di hati saya untuk bersembang seketika dengan budak itu. Sebaik sahaja dia selesai memunggah semua barangan pelanggan ke dalam bot, saya terus mendekatin­ya.

“Melihat dirinya didekati, dia bertanya jika saya ingin menggunaka­n khidmat gerobaknya. Saya katakan tidak, saya cuma ingin bersembang dengannya. Lalu saya terus bertanya berapa bayaran diterima setiap kali mengangkat barangan pelanggan, Yursy memberitah­u dia menerima antara RM2-RM5.

“Menurutnya gerobak itu disewa daripada orang kerana dia tidak mampu membeli gerobak yang berharga kira-kira RM85 itu. Keuntungan diperoleh akan dibahagi dua. Saya bertanya lanjut tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri, kemudian Yusry memberitah­u mereka tujuh beradik tidak membuat sebarang persiapan.

“Dia memberitah­u ayah mereka sudah lama meninggal dunia dan ibu pula meninggalk­an mereka beberapa tahun lalu,” kata Pemililk ND Diver’s Lodge, Semporna ini.

Disebabkan hasrat Yusry untuk Hari Raya adalah untuk memiliki gerobak sendiri, Anuar atau lebih dikenali sebagai Andy ingin menunaikan hasrat budak kecil itu.

Dengan itu, beliau mengambil inisiatif menceritak­an tentang Yusry dalam laman Facebook miliknya bagi mendapatka­n sumbangan daripada kawankawan­nya. Hasilnya, Andy berjaya mengumpulk­an beberapa ratus ringgit. Wang itu kemudian digunakan untuk membeli gerobak serta barangan persiapan raya untuk Yusry tujuh beradik.

“Cara saya menyerahka­n gerobak itu, saya panggil Yusry datang ke ND Diver’s Lodge dan memintanya membawa gerobak itu ke rumahnya.

“Sebaik sampai di rumahnya, saya dan pengusaha bersama ND Diver’s Lodge Armawan Afiq Iman memberitah­u gerobak itu hadiah untuknya. Ketika itu wajahnya betul-betul terkejut kerana dia tidak terfikir dia mampu memiliki gerobak sendiri. Itu adalah hadiah Hari Raya yang amat bermakna baginya,” jelasnya.

Setelah kembali ke ND Diver’s, Andy berkata beliau menerima panggilan daripada kakak Yusry. Kakaknya turut meminta maaf sekiranya adiknya itu menyusahka­n mereka.

“Saya jelaskan adiknya itu sedikit pun tidak menyusahka­n. Gerobak itu adalah pemberian ikhlas daripada kami. Saya bagitahu budak seusia dengan Yusry itu seharusnya meluangkan masa dengan keluarga tetapi, dia lebih sanggup bekerja. Jadi, gerobak itu untuk memudahkan kerja adiknya. Kemudian barulah kakaknya berterima kasih setelah memahami situasi sebenar,” katanya.

Beliau berkongsi kisah Yusry itu ketika ditemui semasa Program End in Sipadan: 1Voluntour­ism Penanaman Tukun Tiruan di Pulau Bum Bum, Semporna baru baru ini.

Program penanaman tukun tiruan itu dilakukan di kawasan ND Diver’s. Ia melibatkan kerjasama Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n & Kebudayaan (Motac) Sabah dan Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA).

Sejak dari itulah, pengusaha lodge yang berasal dari Sarawak ini terfikir untuk menjalanka­n ‘Program Kemasyarat­an’ untuk membantu masyarakat tempatan di Semporna.

Beliau kemudian menghubung­i Pengarah Kolej Komuniti Semporna (KKS) Norasmah Jaafar untuk melaksanak­an program secara bersama di sebuah sekolah.

Untuk program itu, mereka menyediaka­n barangan keperluan asas untuk 25 orang pelajar. Kemudian ketika barangan itu diagihkan kepada pelajar, ada ibu bapa yang bertanya kenapa anak mereka diberikan barangan itu.

“Saya memberitah­u kepada keluarga pelajar bahawa kami faham ibu bapa mereka tidak mempunyai masa untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. Atas sebab itulah, kami semua berada di situ untuk meraikan Hari Raya bersama anakanak mereka. Mendengar penjelasan sebegitu, ibu bapa pelajar amat berterima kasih kepada kami,” katanya.

Andy yang baru mengusahak­an ND Diver’s Lodge bersama Armawan sejak awal tahun lalu mahu ND Diver’s dikenali melalui program kemasyarat­an sebegitu. Tagline lodge itu

‘Dive with locals’ juga jelas melambangk­an komitmen Andy bagi mempromosi­kan Pulau Bum Bum kepada masyarakat tempatan.

Semasa Ramadan barubaru ini, Andy turut melaksanak­an program kemasyarak­atan dengan memberi makan kepada budak jalanan. Beliau menyediaka­n 50 bungkus nasi lemak untuk diedarkan di sekitar Pekan Semporna.

Selain itu, beliau juga turut meminta rakannya yang berniaga nasi dan lauk di bazar Ramadan supaya sedekahkan lebihan nasi berlauk yang tidak habis dijual kepada budak biasa dan budak peminta sedekah yang berada sekitar di bazar itu.

“Kemudian saya membayar semula kepada rakan saya lebihan nasi berlauk yang disedekahk­an kepada budak-budak berkenaan. Saya beritahu rakan saya daripada lebihan jualan itu dibuang, lebih baik sedekahkan kepada budak yang berada sekitar bazar,” jelasnya.

Berkongsi tentang apa yang mendorongn­ya untuk melaksanak­an semua program kemasyarak­atan itu, Andy berkata beliau sentiasa meletakkan dirinya pada situasi orang lain yang ditimpa kesusahan.

Malah beliau turut berpegang kepada pepatah ‘tidak akan rugi sekiranya kita bersedekah kepada orang lain’.

Katanya, walau sedikit mana sumbangan diberi kepada seseorang yang mengalami kesusahan, itu sudah cukup membantu meringanka­n bebanan mereka.

Mengenai program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) yang beliau pernah terlibat, Andy berkata ketika bekerja dengan sebuah syarikat di Mabul, beliau terlibat dalam penganjura­n Mabul

Medical Week atau Minggu Perubatan Mabul. Program itu dilaksana dengan kerjasama banyak pihak termasuk hospital.

Beliau juga merancang untuk menganjurk­an program selaman khas buat Orang Kelainan Upaya fizikal di ND Diver’s itu. Program itu akan dilaksanak­an dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan ‘People Support People’.

ND Diver’s Lodge, Pulau Bum Bum

Lodge yang terletak kirakira 15 minit menaiki bos dari Jeti Umum Semporna ini dilengkapi dengan tujuh buah bilik yang mampu memuatkan sehingga 12 orang penghuni dalam satusatu masa.

Penginapan atas air berhampira­n Pulau Bum Bum ini juga mempunyai empat tandas lengkap dengan air mandian panas (hot shower).

Surau untuk pelancong muslim turut disediakan berhampira­n dengan bilik

Wifi dan dapur yang sentiasa terbuka untuk kegunaan pelanggan.

Kedudukan lodge yang berada ditengah laut ini membolehka­n pelanggan menikmati keindahan matahari terbenam.

ND Diver’s juga menawarkan pakej dan selaman mengikut kesesuaian jadual pelanggan. Selaman itu boleh dilakukan di sekitar ND Diver’s mahupun sekitar Semporna.

Bagi Andy, beliau mengutamak­an kehendak pelanggan dalam menyediaka­n sesuatu pakej. Atas sebab itu, beliau sering menasihatk­an pelancong supaya datang dahulu ke situ kemudian barulah susun aktiviti mengikut kesesuaian jadual percutian pelanggan.

Selain aktiviti air, Andy juga gemar membawa pelancong untuk merasai sendiri suasana kehidupan masyarakat kampung.

“Kami juga sering membawa pelanggan kami mendaki bukitbukit berhampira­n yang mempunyai sejarah dan keistimewa­an tersendiri. Disamping itu, pelancong berpeluang menjalani kehidupan seperti orang tempatan sekiranya kami membawa mereka membeli barangan di pasar serta mengelilin­gi kampung di Pulau Bum Bum.

“Ada satu perkampung­an ini dinamakan Kampung Tongkaluk dimana terdapat kuburan besar yang berbentuk bulat bagi kubur lelaki dan kuburan wanita pula berbentuk permata. Keunikan sebeginila­h mampu menarik pelancong mengunjung­i kampung berkenaan,” katanya.

Andy yang baru mengusahak­an ND Diver’s Lodge bersama Armawan sejak awal tahun lalu mahu ND Diver’s dikenali melalui program kemasyarat­an sebegitu. Tagline lodge itu ‘Dive with locals’ juga jelas melambangk­an komitmen Andy bagi mempromosi­kan Pulau Bum Bum kepada masyarakat tempatan.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) PELANGGAN ND Diver’s ketika dibawa melakukan aktiviti selaman di Semporna.
(Gambar kanan) PELANGGAN ND Diver’s ketika dibawa melakukan aktiviti selaman di Semporna.
 ??  ?? (Gambar atas) JETI Umum Semporna yang digunakan Andy untuk mengambil pelanggan ke penginapan­nya.
(Gambar atas) JETI Umum Semporna yang digunakan Andy untuk mengambil pelanggan ke penginapan­nya.
 ??  ?? (Gambar atas) ARMAWAN (kanan) mengetuai pasukan ND Divers mengagihka­n nasi lemak kepada kanak-kanak yang berjualan di Pekan Semporna.
(Gambar atas) ARMAWAN (kanan) mengetuai pasukan ND Divers mengagihka­n nasi lemak kepada kanak-kanak yang berjualan di Pekan Semporna.
 ??  ?? (Gambar kanan) TUKUN tiruan yang ditanam dibawah Program Volountour­ism di ND Diver’s.
(Gambar kanan) TUKUN tiruan yang ditanam dibawah Program Volountour­ism di ND Diver’s.
 ??  ?? KEMUDAHAN yang terdapat di ND Diver’s Lodge.
KEMUDAHAN yang terdapat di ND Diver’s Lodge.
 ??  ?? ANDY memberi penerangan tentang pulau-pulau yang berada di sekitar ND Divers
ANDY memberi penerangan tentang pulau-pulau yang berada di sekitar ND Divers

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia