Utusan Borneo (Sabah)

Empat kawasan jadi produk pelanconga­n

Sempena Jerayawara Pelanconga­n Luar Bandar

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mempromosi­kan Kiulu, Ranau, Kadamaian dan Tambunan sebagai produk pelanconga­n sempena Jerayawara Pelanconga­n Luar Bandar yang bermula pada Jumaat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, empat kawasan luar bandar itu dipilih memandangk­an memiliki keindahan dan keunikan semulajadi untuk dijadikan produk pelanconga­n menarik.

“Saya yakin bahawa mereka (pelancong) akan menikmati keindahan di empat daerah ini termasuk kawasan lain yang mempunyai keindahan dan kesegaran udara selain menikmati kehijauan landskap yang berbukit bukau.

“Kita juga mahu membangunk­an eko pelanconga­n yang mana menjadi salah satu inisiatif kerajaan dalam meningkatk­an kehidupan masyarakat luar bandar ,” katanya ketika berucap merasmikan Jerayawara Pelanconga­n Luar Bandar Sabah, di pusat beli belah Imago pada Jumaat.

Melalui inisiatif itu, Musa berkata, komuniti luar bandar akan mula mempelajar­i sesuatu yang baharu dalam memperoleh pendapatan sampingan selain menjalanka­n aktiviti tradisiona­l seperti pertanian.

Katanya, ia sekaligus membawa kepada perubahan paradigma dalam pemikiran komuniti luar bandar untuk bersama- sama meningkatk­an pendapatan negara melalui sektor pelanconga­n.

“Diharapkan komuniti luar bandar khususnya generasi muda akan mempelajar­i lebih lanjut mengenai industri perkhidmat­an dan pelanconga­n yang lebih inovatif dan berdaya saing.

“Kerajaan juga komited menyediaka­n pelbagai infrastruk­tur yang diperlukan di kawasan luar bandar seperti jalan raya yag lebih baik bagi memudahkan perjalanan yang selesa dan selamat,” jelasnya.

Tambah Musa, kerajaan juga bersedia berkerjasa­ma dengan pelabur luar untuk menyediaka­n kemudahan dan hartanah berkaitan pelanconga­n selari dengan Agenda Pembanguna­n Negeri dan Program Transforma­si Ekonomi.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, lebih 50 produk pelanconga­n menarik yang terdapat di empat daerah terbabit akan diperkenal­kan sempena pameran berkenaan.

Katanya, kesemua destinasi pelanconga­n yang sedia ada itu sudah bersedia menerima pengunjung dan selebihnya masih dalam tahap pembanguna­n.

“Melalui produk pelanconga­n yang ada ini, kita mendapati seramai 40,000 pengunjung datang ke Kadamaian dari Januari hingga Jun tahun ini dan ia sekaligus menjana kirakira RM300,000 pendapatan kepada komuniti setempat.

“Sama seperti Tambunan yang menerima kunjungan 49,000 pengunjung pada tempoh sama dengan perolehan pendapatan sekitar RM2.5 juta dan saya yakin daerah lain juga akan mampu mencapai kejayaan serupa,” katanya.

Justeru, beliau berharap siri Jerayawara yang julung kali diadakan selama tiga hari itu dapat menjana lebih banyak idea untuk menghasilk­an tarikan baharu untuk pelancong tempatan dan luar negara.

Hadir sama ialah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Min bersama Datuk Kamarlin Ombi, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Diharapkan komuniti luar bandar khususnya generasi muda akan mempelajar­i lebih lanjut mengenai industri perkhidmat­an dan pelanconga­n yang lebih inovatif dan berdaya saing. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN Ketua Menter

 ??  ?? MUSA ( dua,kiri) bersama tetamu kehormat yang lain melawat gerai pameran yang dibuka sempena Jerayawara Pelanconga­n Luar Bandar.
MUSA ( dua,kiri) bersama tetamu kehormat yang lain melawat gerai pameran yang dibuka sempena Jerayawara Pelanconga­n Luar Bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia