Utusan Borneo (Sabah)

PIBG SMK Agaseh anjur Festmer17 pada 19-20 Ogos

- Oleh SAHIRA AKIS Pelatih UMS)

LAHAD DATU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agaseh akan menganjurk­an Festival Hari Merdeka Agaseh 2017 (Festmer 17) bagi mengumpul dana menambahba­ik prasarana sekolah pada 19 hingga 20 Ogos.

Yang Dipertua PIBG SMK Agaseh, Saidin Seperudin, berkata inisiatif ini dilakukan PIBG sekolah untuk menjayakan usahasama ibu bapa dengan sekolah demi menjayakan agenda transforma­si pendidikan negara.

Demi mencapai taraf instituisi pendidikan bersesuaia­n dengan tema persekitar­an sekolah abad ke-21 tanpa tidak terlalu berharap bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan.

“Kami selaku ibu bapa pelajar di sekolah ini perlu memainkan peranan untuk membantu sekolah dan kami berharap jalinan kerjasama ini yang melibatkan ahliahli komuniti di sekitar akan membantu menjayakan usaha ini,” katanya.

Menurut Saidin yang juga pengerusi pelaksana program, Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal dijangka akan menyempurn­akan majlis perasmian program tersebut seterusnya menyediaka­n platform yang berkesan kepada pemimpin turun padang menemui rakyat.

Katanya, sempena sambutan Bulan Kebangsaan program ini disemarakk­an dengan pameran kereta perisai pasukan keselamata­n agar semangat patriotik di kalangan pengunjung khususnya pelajar dapat ditingkatk­an.

“Pameran kereta perisai ini dijayakan dengan kerjasama pasukan keselamata­n di sini yang akan memberi ruang dan peluang pengunjung mengetahui aset-aset pertahanan negara, mengenali dan mengetahui peranan pasukan keselamata­n d anyang paling penting mereka akan lebih menghargai pasukan keselamata­n dalam menjaga keamanan,” katanya.

Selain itu, pameran motor berkuasa tinggi, pameran kereta klasik, jualan bundle berkualiti, karaoke dan kemahiran menjaringk­an gol turut diadakan.

Pengetua SMK Agaseh, Junainah Lo, 52, berkata, festival ini memberi ruang komunikasi dan kolaborasi antara warga pendidik dengan ahli komuniti setempat.

“Bagi saya, pertumbuha­n instituisi pendidikan itu tidak boleh berdiri sendiri tanpa penyatuan kerjasama daripada masyarakat.

“Kutipan dana secara santai seperti ini bertepatan bagi kita rakyat Malaysia untuk meraih bulan kemerdekaa­n yang berteraska­n perpaduan dalam masyarakat,” katanya.

Penganjur juga akan menyediaka­n lot tapak jualan seperti tapak kering, tapak basah dan tapak hiburan kepada peniaga berlesen yang berminat untuk berniaga semasa festival berlangsun­g.

Tapak yang disediakan adalah terhad kepada kuota yang telah ditetapkan dan borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Am sekolah.

 ??  ?? SAIDIN
SAIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia