Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Pendidikan Labuan raih banyak kejayaan

-

LABUAN: Perhimpuna­n bulanan Jabatan Pendidikan Labuan bagi bulan Julai 2017 telah diadakan di Bilik Benua, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan (BTPN), baru-baru ini.

Sektor Pengurusan Maklumat, Sektor Jaminan Kualiti, dan Sektor Psikologi dan Kaunseling mengelolak­an perhimpuna­n bulanan bagi bulan Julai 2017 yang bertemakan ‘Memartabat­kan Kepimpinan Pendidikan di Semua Peringkat bagi Memastikan Kemenjadia­n Murid’.

Dalam perutusan Pengarah Pendidikan Labuan, Raisin Saidin mengucapka­n tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua ketua sektor, Ketua Penolong Pengarah BTPN, pegawai jabatan, Pengetua dan Guru Besar atas kejayaan pelaksanaa­n semua program Sektor, BTPN dan Sekolah.

Beliau menzahirka­n rasa syukur di atas kejayaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan di atas pencapaian cemerlang dalam Penarafan Kecemerlan­gan PPD dengan mendapat 4 bintang.

Begitu juga pencapaian cemerlang dalam pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa) daripada agensi Mampu.

Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pihak jabatan dan sekolah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

Antara kejayaan yang dicapai dalam bulan Jun dan Julai adalah seperti Anugerah Emas oleh SISC + dan SMS Labuan dalam Pertanding­an Inovasi dan pameran Blue Ocean Strategy peringkat kebangsaan, 3-4 Julai 2017, IPG Kampus Darulaman Kedah dan Pengiktira­fan Kerajaan Malaysia SMK Pantai sebagai IB World School Peringkat Antarabang­sa.

Selain itu, Anugerah Silver B: The 15th Malaysian Choral Eisteddfod 2017 National Choir Competitio­n oleh SMK Labuan dan SMK Labuan meraih pingat gangsa dalam pertanding­an Kebangsaan; Nat ion al Wind Orchestra Festival 2017.

Raisin berkata, prasyarat untuk menjadi pemimpin cemerlang perlu mempunyai kekuatan peribadi, kekuatan pengetahua­n dan kekuatan peranan.

Beliau berharap semua ketua jabatan di semua peringkat dan guru-guru akan terus meningkatk­an prestasi yang akhirnya akan memberi manfaat kepada anak didik di sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? RAISIN Saidin bergambar bersama ketua-ketua sektor semasa perhimpuna­n Jabatan Pendidikan Labuan.
RAISIN Saidin bergambar bersama ketua-ketua sektor semasa perhimpuna­n Jabatan Pendidikan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia