Utusan Borneo (Sabah)

RM16.1 bilion disalur kepada PKS

Untuk pastikan suasana kondusif perniagaan di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi memastikan persekitar­an perniagaan kondusif dapat dinikmati oleh Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di negeri ini, institusi perbankan menyalurka­n sejumlah RM16.1 bilion kepada PKS di Sabah.

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata setakat Disember 2016, industri PKS di negeri ini menerima sejumlah RM16.1bilion yang mana ia merangkumi 68 peratus daripada jumlah pembiayaan kepada perniagaan di negeri ini.

Pembiayaan ini memperliha­tkan satu ekosistem pembiayaan yang holistik selaras dengan aspirasi Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC).

Selain itu, bagi memudahkan peniaga membuat carian dan memohon pakej pinjaman, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang bekerjasam­a dengan Credit Guarantee Corporatio­n (CGS) untuk membangunk­an satu platform pinjaman secara online.

“Platform yang dijangka siap pada akhir tahun ini dilihat akan membantu mengurangk­an masa pencarian maklumat yang kini dihadapi usahawan.

“Dalam masa yang sama satu Makmal Memperting­katkan Akses Pembiayaan juga akan dilaksana untuk menawarkan bantuan susulan yang cepat dan sistematik kepada peminjam yang tidak berjaya dalam pilihan pakej pinjaman.

“Inisiatif sebegini penting untuk membantu mereka mengambil tindakan selanjutny­a supaya boleh meningkatk­an peluang memperoleh pinjaman pada masa depan,” jelasnya.

Mengenai rangkuman kewangan negara, Muhammad berkata walau Malaysia mencapai tahap rangkuman kewangan yang tinggi, namun 16 peratus penduduk dewasa di Sabah masih tidak mempunyai akaun bank.

Oleh itu, inisiatif menerusi ejen perbankan akan terus dipertingk­atkan agar semua golongan masyarakat dapat menikmati kemudahan perkhidmat­an perbankan asas.

“Kini semua 60 Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai sekurang-kurangnya satu kemudahan akses kewangan berbanding 24 DUN pada 2011,” katanya ketika berucap semasa Karnival Kewangan Sabah 2017, di sini pada Jumaat.

Karnival yang julung-julung kali diadakan di Sabah ini berlangsun­g bermula 4-6 Ogos ini.

Menurutnya dalam persekiKOT­A taran semasa, perkhidmat­an kewangan transforma­tif perlu direka dan ditawarkan bagi membolehka­n segenap lapisan masyarakat dapat menabung, melabur dan meminjam secara produktif.

“Seiring dengan itu, BNM sedang bekerjasam­a dengan pihak industri untuk mengembang­kan produk simpanan mikro pemegangan jangka panjang khusus untuk golongan berpendapa­tan rendah.

“Produk ini hanya memerlukan simpanan bulanan yang rendah namun, dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada akaun simpanan asas. Produk sebegini pasti mampu memupuk sifat menabung secara berterusan kepada masyarakat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an orang awam supaya beralih kepada urusniaga secara online melalui e-pembayaran yang dilihat lebih mudah dan selamat.

Untuk menggalakk­an pengguaan e-pembayaran, BNM akan mengadakan kempen mulai Ogos ini sehingga Mac 2018 bagi menggalakk­an rakyat Sabah membuat e-bayaran ketika berurusan di jabatan mahupun agensi kerajaan. Penyediaan terminal juga akan turut ditambah bagi meningkatk­an penggunaan kad debit.

“Dalam

masa yang sama satu Makmal Memperting­katkan Akses Pembiayaan juga akan dilaksana untuk menawarkan bantuan susulan yang cepat dan sistematik kepada peminjam yang tidak berjaya dalam pilihan pakej pinjaman. DATUK MUHAMMAD IBRAHIM Gabenor Bank Negara Malaysia

 ??  ?? MUSA (dua kiri) bersama Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim (kanan) dan Pengerusi Finco Tan Sri Azman Hashim bergambar dengan pelajar yang membuat persembaha­n semasa majlis berkenaan
MUSA (dua kiri) bersama Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim (kanan) dan Pengerusi Finco Tan Sri Azman Hashim bergambar dengan pelajar yang membuat persembaha­n semasa majlis berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia