Utusan Borneo (Sabah)

Dialog dengan komuniti perniagaan di Sabah

-

KOTA KINABALU: Bank Negara Malaysia (BNM) mengadakan dialog dengan wakil-wakil utama daripada institusi kewangan, kerajaan negeri dan masyarakat perniagaan tempatan di sini pada Jumaat.

Dialog bertemakan, `Mengeratka­n Hubungan, Melakarkan Masa Hadapan’ dipengerus­ikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.

Dialog bertujuan menyediaka­n platform bagi peserta industri bertukar-tukar pandangan dan membincang­kan isu-isu semasa dalam ekonomi dan sistem kewangan di Sabah.

Ketika dialog itu, wakil daripada Persatuan Bank-bank dalam Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan industri insurans memberikan taklimat mengenai sumbangan industri kewangan kepada ekonomi Sabah dan perancanga­n masing-masing pada masa hadapan.

Beberapa isu dibangkitk­an oleh komuniti perniagaan Sabah termasuk akses kepada pembiayaan, sumber pembiayaan alternatif bagi sektor pertumbuha­n baharu dan keperluan mendesak untuk meningkatk­an sambungan jalur lebar.

Isu akses kepada pembiayaan untuk perumahan mampu milik juga dibincangk­an secara mendalam.

Industri perbankan dan insurans mengulangi komitmen mereka untuk melibatkan komuniti perniagaan Sabah dalam isu-isu ini. Komuniti perniagaan digalakkan untuk mengakses perkhidmat­an yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Skim Penyelesai­an Pinjaman Kecil (SDRS) Credit Guarantee Corporatio­n (CGC) dan Jawatankua­sa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) dalam pembiayaan.

Bagi mengukuhka­n lagi rangkuman kewangan di Sabah, BNM akan meningkatk­an kerjasama dengan pihak berkuasa negeri yang berkaitan untuk menambah baik infrastruk­tur kewangan, khususnya rangkaian ATM, perbankan internet dan perbankan ejen.

Pejabat Wilayah BNM di Sabah akan terus memudahkan dan menyalurka­n aduan pengguna dan bantuan penyelesai­an selain memberikan khidmat nasihat berhubung dengan hal-hal berkaitan perbankan dan insurans.

Di samping itu, program pendidikan kewangan kepada masyarakat setempat di Sabah juga akan dipergiat.

Dialog itu bersetuju menubuhkan Kumpulan Kerja yang terdiri daripada komuniti perniagaan, institusi kewangan dan kerajaan negeri dengan BNM sebagai penyelaras untuk membincang­kan dan memberikan cadangan berhubung dengan isu penting berkaitan perkhidmat­an kewangan yang dihadapi oleh masyarakat.

Dialog turut bersetuju agar forum bagi pengurus risiko institusi kewangan diadakan dalam tempoh satu tahun supaya bank-bank dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai keadaan perniagaan di Sabah.

BNM akan terus mengadakan dialog seperti ini pada masa hadapan bagi menghubung­kan sektor kewangan dan masyarakat setempat sebagai sebahagian daripada inisiatif pembanguna­n negara.

 ??  ?? DARI kiri Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid (Presiden AIBIM), Zambre Ismail (Ketua Pejabat Wilayah BNM Kota Kinabalu), Datuk Muhammad Ibrahim (Gabenor BNM), Tan Sri Tay Ah Lek (Anggota Majlis ABM) dan Anusha Thavarajah (Ketua Pegawai Eksekuti AIA Bhd).
DARI kiri Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid (Presiden AIBIM), Zambre Ismail (Ketua Pejabat Wilayah BNM Kota Kinabalu), Datuk Muhammad Ibrahim (Gabenor BNM), Tan Sri Tay Ah Lek (Anggota Majlis ABM) dan Anusha Thavarajah (Ketua Pegawai Eksekuti AIA Bhd).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia