Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Kewangan Sabah 2017 platform terbaik dapatkan khidmat nasihat kewangan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Karnival Kewangan Sabah 2017 adalah platform terbaik kepada orang ramai untuk datang bagi mendapatka­n khidmat nasihat mengenai status kewangan masingmasi­ng.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) Datuk Mohd Redza Shah Abdul Walid berkata karnival seumpamany­a sangat sesuai diadakan untuk lebih menyenangk­an orang ramai mendapatka­n khidmat nasihat.

“Kanival ini bukan sahaja mengenai produk-produk bank yang ada tetapi juga khidmat nasihat kepada pelanggan semua bank.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua pelanggan bank agar tidak hanya datang bertanya ketika berhadapan dengan masalah sebaliknya sentiasa peka terhadap status kewangan masing-masing,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, masyarakat tidak perlu merasa malu dan sekiranya terdapat keraguan atau sangsi terhadap produk bank, mereka wajar datang ke karnival ini untuk mendapatka­n penjelasan.

Katanya, orang ramai perlu mengemas kini status kedudukan kewangan masing-masing dengan Bank Negera Malaysia (BNM) sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun.

“Kemas kini ini penting untuk membolehka­n seseorang itu tahu akan wujud masalah atau sebaliknya mengenai status kewangan mereka,” katanya.

Redza yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad berkata, karnival yang diadakan itu mensasarka­n sejumlah 20,000 pengunjung.

“Ini adalah kali kedua diadakan di Malaysia dan yang pertama kali di Sabah, sebelum ini ianya diadakan di Kuala Lumpur dengan seramai 25,000 pengunjung hadir.

“Selepas ini kita akan adakan di Kuching Sarawak, program seumpamany­a akan diadakan tiga bulan sekali,” katanya.

 ??  ?? REDZA
REDZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia