Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik restoran didakwa mengupah tiga imigran haram

-

KOTA KINABALU: Seorang pemilik restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas pertuduhan mengupah tiga imigran haram.

Richard Ho Fui Tshung, 49, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Mengikut pertuduhan, tertuduh mengambil bekerja seorang wanita dan dua lelaki warga asing yang tidak memiliki pas yang sah, berusia antara 20 hingga 47 tahun.

Kesalahan itu didapati dilakukan pada 8 Mei jam 12 tengah hari di sebuah restoran, Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan, atau dengan keduaduany­a untuk setiap imigran haram.

Oleh itu, Hakim Azreena Aziz menetapkan pada 13 hingga 14 November sebagai tarikh perbicaraa­n terhadp tertuduh yang diwakili peguam Luke Ressa Balang.

Pegawai Pendakwa Juachim Abel Majanin dari Jabatan Imigresen memberitah­u mahkamah, pihaknya akan memanggil enam saksi memberikan keterangan nanti.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, 13 warga asing antaranya seorang wanita dikenakan penjara antara empat hingga lima bulan serta satu sebat, atas kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman itu, setelah mereka yang berusia antara 18 hingga 50 tahun mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau dengan kedua-duanya sekali, serta tidak melebihi enam sebat.

Namun tiada sebatan dikenakan terhadap pesalah wanita dan bagi tertuduh yang berusia 50 tahun ke atas.

Selesai menjalani hukuman itu, Azreena memerintah­kan semua tertuduh yang tidak diwakili peguam dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia