Utusan Borneo (Sabah)

Remaja didakwa sokong kumpulan IS akan ketahui nasib

-

KOTA KINABALU: Seorang remaja akan mengetahui nasibnya pada 22 Ogos di Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan-bahan berunsur Islamic State (IS).

Hakim Ravinthran N.Paramaguru membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 17 tahun, sementara menunggu rayuan disediakan pihak pembelaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 J (1)(b) kanun sama, kerana menyokong kumpulan pengganas melalui laman sosial Facebook dan Telegram.

Dua kesalahan itu dilakukan antara Disember 2015 hingga 4 Ogos tahun lalu di Yii Villa Apartment, Jalan Buli SimSim, di daerah Sandakan.

Sekiranya disabitkan bersalah atas dua pertuduhan berkenaan, penjara seumur hidup atau selama tidak melebihi 30 tahun, atau denda.

Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 JB (1) (a) Kanun Keseksaan, apabila didapati memiliki bahan-bahan berunsurka­n IS di dalam telefon pintar miliknya, pada 4 Ogos tahun lalu di tempat sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun atau denda, dan boleh dilucuthak­kan manamana item yang digunakan.

Terdahulu, Peguam Jamadi Salleh memohon kepada mahkamah agar diberikan tempoh untuk menyediaka­n rayuan, selepas laporan akhlak dikemukaka­n pada Jumaat.

Remaja berkenaan mula didakwa pada 14 Febuari atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan dan mengaku tidak bersalah.

Namun tertuduh menukar pengakuann­ya kepada bersalah semasa perbicaraa­n, selepas saksi ketiga dipanggil memberikan keterangan.

Timbalan Pendakwara­ya Mohd Izhanudin Alias melakukan pendakwaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia