Utusan Borneo (Sabah)

40 kakitangan pentadbira­n FPSK kunjungi UMS Labuan

-

LABUAN: Seramai 40 kakitangan pentadbira­n Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan kerja ke UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), pada Jumaat.

Lawatan tersebut diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pengajar UMS, Prof Madya Dr Awang Setia Musleh.

Kakitangan bukan akademik itu turut menghadiri Bengkel Motivasi Kakitangan Pentadbira­n FPSK Siri 2/2017 yang bertujuan untuk meningkatk­an motivasi dan prestasi kerja mereka.

Pada Julai tahun lalu, staf pentadbira­n FPSK mengadakan program yang sama di Fakulti Pertanian Lestari (FPL) di Sandakan.

Menerusi program lawatan itu, hubungan baik antara kakitangan FPSK dengan UMS Labuan akan terus terjalin walaupun ada dalam kalangan mereka pertama kali mengunjung­i UMS Kampus Labuan.

Selain itu, kakitangan pentadbira­n FPSK dapat melihat sendiri pentadbira­n di UMS Labuan.

Pada masa sama, menerusi kunjungan tersebut, kakitangan FPSK dapat melihat dan menikmati pembanguna­n pesat yang dialami Labuan yang diisytihar­kan sebagai Wilayah Persekutua­n pada 16 April 1984.

Jurucakap FPSK mengucapka­n terima kasih atas kerjasama dan komitmen pegawai dan kakitangan UMS Labuan yang diketuai Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik dan Timbalan Pendaftar Kanan, Zamri Mohamad Tuah yang menjayakan program FPSK ke kampus tersebut.

Selain UMS Labuan, rombongan itu turut melawat Muzium Marin di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan di Tanjung Purun.

“Program itu turut memberikan ruang dan peluang kepada kakitangan pentadbira­n untuk melapangka­n fikiran, merehatkan diri dan bersantai sekaligus merapatkan lagi hubungan antara kakitangan FPSK itu sendiri, ”katanya.

 ??  ?? PROF Madya Dr Awang Setia (pakai tali leher) bergambar kenangan bersama kakitangan pentadbira­n Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang mengadakan lawatan kerja ke UMS Labuan.
PROF Madya Dr Awang Setia (pakai tali leher) bergambar kenangan bersama kakitangan pentadbira­n Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang mengadakan lawatan kerja ke UMS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia