Utusan Borneo (Sabah)

Pembelian asing bukan punca utama nilai hartanah tinggi di Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sabah hanya terima 0.2 peratus pembelian hartanah dari pelabur asing dan ia bukan faktor utama kepada peningkata­n harga rumah di negeri ini.

Presiden Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) Chew Sang Hai berkata, berdasarka­n kajian, secara keseluruha­n pelaburan asing untuk industri hartanah di negara ini hanya melibatkan tiga peratus.

Justeru katanya, langkah kerajaan negeri mengamalka­n ekonomi terbuka kepada pelabur asing bukanlah penyumbang kepada kenaikan harga pasaran hartanah di Sabah.

Beliau menyangkal kenyataan Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta Negeri Syed Anuar Syed Norddin yang mengaitkan situasi nilai hartanah yang tinggi di Sabah dengan amalan ekonomi terbuka.

Menurutnya, pembelian hartanah oleh pelabur asing di negeri ini dianggap sebagai ‘tidak berkepenti­ngan’.

Perkara terbabit jelasnya, dibuktikan dengan statistik permohonan pas lawatan sosial Malaysia My Second Home (MM2H) di Sabah 20112015.

“Dalam tempoh berkenaan, hanya 300 permohonan pas lawatan diperolehi dan jumlah itu tidak memberi kesan pun terhadap pencapaian transaksi pembelian hartanah di negeri ini.

“Ini juga menunjukka­n pasaran hartanah kita lebih tertumpu kepada permintaan pasaran tempatan,” katanya kepada media di sini pada Khamis.

Chew berkata, pihaknya turut meminta kepada kerajaan negeri agar memberi perhatian terhadap isu pasaran hartanah yang tinggi hingga menjangkau 50 peratus di Sabah tahun lepas.

Pada masa sama jelasnya, Shareda mencadangk­an supaya kerajaan negeri membuka pasaran kepada pembelian asing agar pemaju dapat menawarkan nilai hartanah dari harga yang tinggi kepada pelabur asing.

 ??  ?? CHEW
CHEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia