Utusan Borneo (Sabah)

6,000 penduduk berterima kasih Penyambung­an semula bekalan elektrik ke tiga penempatan di Batu Sapi

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kira-kira lebih 6,000 penduduk di tiga penempatan di kawasan Parlimen Batu Sapi melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatin­an pemimpin di kawasan terbabit berhubung penyambung­an semula bekalan elektrik.

Selepas 16 hari bergelap sebaik sahaja matahari terbenam, kini bekalan elektrik sudah pulih seperti biasa apabila Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) menyambung semula bekalan yang telah dipotong, pada 29 Julai lepas.

Ketua Kampung Bonggaya dan Kampung Bakau, Kamlon Hassan, dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Bonggaya Baru, Ayatollah Aman memberitah­u penduduk berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) Datuk Seri Panglima Datuk Dr Maximus Ongkili atas keprihatin­an mereka terhadap masalah penduduk kampung yang terbabit.

Kedua-dua pemimpin juga menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya yang turut membantu penduduk mencari jalan menyelesai­kan masalah berkenaan, serta Suruhanjay­a Tenaga dan SESB.

Penyambung­an semula bekalan sementara ke kawasan berkenaan dibuat selepas Linda mengadakan pertemuan bersama Maximus berhubung perkara itu di ibu negara pada 24 Julai.

Bekalan elektrik ke Perkhidmat­an Syarikat C3 Power (IPD) yang membekalka­n bekalan kepada Kg. Bonggaya, Kg. Sundang dan Kg. Bakau di Batu Sapi telah dipotong selepas syarikat terbabit gagal menunaikan janji untuk menjelaska­n tunggakan bil elektrik berjumlah lebih RM600,000 walaupun diberi peluang beberapa kali oleh SESB.

Difahamkan lesen yang diberikan Perkhidmat­an Syarikat C3 Power oleh Suruhanjay­a Tenaga untuk membekalka­n bekalan secara pukal kepada kawasan penempatan di Batu Sapi dan juga Jalan Buli Sim Sim telah digantung.

Hasil perbincang­an pihak Suruhanjay­a Tenaga, SESB dan pemimpin-pemimpin kampung yang terlibat pada 1 Ogos, satu langkah interim untuk selama enam bulan dipersetuj­ui di mana Pejabat Parlimen Batu Sapi dan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Sekong akan membantu menguruska­n kutipan bayaran bil elektrik dari penduduk kampung sebelum diserahkan kepada SESB.

Dalam pada itu, Kamlon turut menyuaraka­n kebimbanga­n beliau terhadap keselamata­n penduduk kerana pendawaian yang dibuat oleh pihak syarikat IPD sebelum ini tidak selamat.

Sementara itu, Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) Chen drama ta H j Sin teh berkata BSES menyambung­kan semula bekalan elektrik kepada kawasan penempatan setinggan di Jalan Batu Sapi pada Sabtu (29 Julai).

Beliau berkata, penyambung­an semula bekalan sementara ke kawasan berkenaan dibuat selepas mendapat maklumbala­s daripada KeTTHA.

Bagaimanap­un katanya, jika bayaran bil ini tidak diterima oleh SESB dalam tempoh yang telah ditetapkan maka pemotongan bekalan akan dibuat.

Penyambung­an semula bekalan sementara ke kawasan berkenaan dibuat selepas mendapat maklumbala­s daripada KeTTHA.” CHENDRAMAT­A HJ SINTEH Pengurus Besar (Komunikasi Korporat)

 ??  ?? KAMLON (kanan) bersama Ayatollah ketika ditemui media di Kampung Bonggaya.
KAMLON (kanan) bersama Ayatollah ketika ditemui media di Kampung Bonggaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia