Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Vokasional Kudat kerjasama lahirkan tenaga industri mahir

-

KUDAT: Kolej Vokasional (KV) Kudat dan Kudat Golf & Marina Resort komited laksana kerjasama strategik untuk bersama-sama melahirkan tenaga industri yang mahir dan berkeyakin­an dalam bidang masing-masing.

Pengarah KV Kudat, Christine Stanislaus Kinsik berkata, kerjasama strategik berkenaan sememangny­a menjadi keutamaan kepada pihak kolej dalam menghasilk­an para pelajarnya­yang mahir di dalam bidang yang dipelajari selain mendedahka­n mereka terhadap iklim pekerjaan sebenar.

“Pihak kolej amat berterima kasih kepada pihak Marina Resort atas komitmen dalam membantu mendedahka­n para pelajar terutama apabila bekerja dan relaiti alam pekerjaan sebagai pekerja mahir kelak.

“Kami sedar akan komitmen berterusan pihak hotel terhadap pembanguna­n pendidikan para pelajar khususnya kolej vokasional dan usaha ini amatlah dihargai atas semangat membantu memberikan pendidikan terbaik kepada anakanak di daerah Kudat dan sekitarnya.

“Pihak kolej juga menghargai usaha pihak hotel dalam menjaga kebajikan para pelajar sepanjang mereka melakukan program komuniti dan layanan mesra para kakitangan hotel serta tunjuk ajar mereka,” katanya.

Persetujua­n kerjasama strategik melalui Nota Persefaham­an (NoU) yang dimeterai tahun lalu telah memberikan impak positif dan peluang kepada keduadua pihak untuk saling membantu mendedahka­n para pelajar terhadap iklim sebenar pekerjaan di dalam bidang industri.

Bagi Pengurus Kudat Golf & Marina Resort Allen Lewellyn Masudal berkata, kerjasama strategik tersebut membuka peluang kepada pihak pengurusan hotel untuk membantu para pelajar terutama dalam latihan praktikal atau amali yang dilakukan di premis hotel berkenaan.

“Hubungan kerjasama di antara pihak kolej dan Marina Resort membuka satu lagi peluang kepada pihak kami dalam membantu komuniti setempat terutama para pelajar atau belia melalui inisiatif pembanguna­n modal insan yang secara langsung memberi impak terhadap keyakinan dan pengalaman bekerja di lapangan industri dalam usia muda.

“Bagi pihak hotel, kami melihat bahawa para pelajar yang datang untuk melakukan CSR di premis kami sememangny­a mempunyai kemahiran dan pengetahua­n berkaitan bidang yang dipelajari, contohnya dalam projek kejurutera­an awam yang dilakukan.

“Di samping itu, kami juga mendapati para pelajar ini mempunyai kod etika yang baik terutama dalam disiplin kerja, tanggungja­wab serta sudah mampu berfikir untuk menyelesai­kan sesuatu pekerjaan.

“Jika dilihat, para pelajar kolej yang terlibat dalam CSR kali ini telah mempunyai ciri-ciri pekerja industri dan pujian perlu diberikan kepada para pihak kolej yang berjaya membentuk anak-anak muda setempat ini untuk menyukai bidang yang dipelajari,” katanya.

Menurut Allen, pihak hotel berharap agar usaha dan kerjasama strategik ini akan dapat diteruskan dengan penambahba­ikan yang menjurus kepada usaha melahirkan para pelajar atau modal insan yang berkualiti dan mahir dalam bidang yang dipelajari.

Beliau berharap usaha antara kedua-dua pihak dapat menjadikan premis ini sebagai pusat ilmu epada penghasila­n pelajar sebelum mereka keluar dan bekerja di lapangan

 ??  ?? ALLEN (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama dengan tenaga pengajar dan para pelajar kolej.
ALLEN (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama dengan tenaga pengajar dan para pelajar kolej.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia