Utusan Borneo (Sabah)

Prosiding Suruhanjay­a Siasatan Urus Niaga Mata Wang 8 Ogos

-

PUTRAJAYA: Prosiding pertama Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990- Anakan diadakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada 8 Ogos (Selasa).

“Prosiding bagi siasatan ini adalah terbuka kepada umum,” demikian menurut notis pemberitah­uan yang dikeluarka­n setiausaha Suruhanjay­a Siasatan berkenaan, pada Jumaat.

Suruhanjay­a Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjay­a Siasatan 1950 [Akta 119].

Penubuhan suruhanjay­a itu dan keanggotaa­n suruhanjay­a mendapat perkenan Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V.

Suruhanjay­a dengan enam keanggotaa­n itu dipengerus­ikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggot­ai suruhanjay­a itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanath­an dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjay­a siasatan itu.

Bidang kuasa suruhanjay­a itu adalah: Menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an serta implikasin­ya kepada ekonomi negara.

Menentukan sama ada penglibata­n Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabka­n kerugian tersebut adalah bertentang­an dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.

Menentukan sama ada terdapat elemen menyembuny­ikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengeliruk­an kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia