Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan, UTAR kerjasama bina hospital di Kampar

-

IPOH: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalinka­n kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk membina sebuah hospital baharu di Kampar, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ini kerana projek pembinaan hospital baharu bagi menggantik­an hospital sedia ada di pekan lama Kampar itu dilaksanak­an bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“UTAR mahu membina hospital pengajar kira-kira empat kilometer dari lokasi pembinaan hospital baharu di kawasan seluas 40 hektar yang telah diluluskan pembinaann­ya pada 2012 di daerah tersebut.

“Adalah lebih baik kerjasama untuk membina hospital baharu dilaksanak­an kerana ia dapat menjimatka­n kos selain boleh berkongsi kemudahan dan kepakaran, kalau nak bina dua hospital semua kemudahan perlu ada dan ia memerlukan perbelanja­an yang banyak,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada 324 kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Jumaat.

Hilmi berkata bagaimanap­un kos keseluruha­n pembinaan hospital baharu yang terletak di Taman Kampar Putra itu masih belum diputuskan dan perbincang­an lanjut mengenai perkara itu sedang dijalankan antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kampar Dr Ko Chung Sen baru-baru ini yang mendakwa pembatalan cadangan pembinaan hospital baharu di Kampar setelah kerajaan mempertimb­angkan kawasan bekas lombong itu memerlukan peruntukan yang tinggi bagi tujuan penambakan tanah.

Ko mendakwa pihaknya menerima jawapan bertulis daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m pada 25 Julai lalu mengenai status pembinaan hospital tersebut dan beliau tidak dapat menerima alasan itu memandangk­an pembinaan kondominiu­m dan pangsapuri telah dibina di kawasan berhampira­n tapak pembinaan hospital baharu itu tanpa sebarang masalah sekali gus membuktika­n komposisi tanah bukan masalah utama.-

 ?? -Gambar Bernama ?? HILMI (sembilan, kanan) bergambar bersama sebahagian penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016 Jabatan Kesihatan Perak peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Jumaat.
-Gambar Bernama HILMI (sembilan, kanan) bergambar bersama sebahagian penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016 Jabatan Kesihatan Perak peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia