Utusan Borneo (Sabah)

Pembesaran Empangan Mengkuang beri manfaat kepada penduduk P. Pinang

-

GEORGE TOWN: Projek pembesaran Empangan Mengkuang oleh kerajaan Persekutua­n membabitka­n kos RM1.2 bilion dijangka memberi manfaat kepada 1.69 juta penduduk Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata projek pembesaran empangan itu akan meningkatk­an kapasiti empangan sebanyak tiga kali ganda.

Beliau berkata menerusi pembesaran empangan itu, seluruh penduduk Pulau Pinang akan dapat menikmati keperluan bekalan air mentah bersih khususnya pada musim kemarau.

“Apabila siap kelak, Empangan Mengkuang berkeupaya­an menampung 73.5 meter padu berbanding 22 juta meter padu sebelum ini. Empangan ini akan berfungsi sebagai penyalur takungan air dan menyalurka­nnya ke loji rawatan Sungai Dua untuk kapasiti bekalan air mentah Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata selain meningkat kapasiti air dalam empangan, projek itu juga mampu meningkatk­an penyaluran bekalan air mentah dari Empangan Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Dua semasa musim kemarau.

Projek pembesaran Empangan Mengkuang yang dibahagika­n kepada dua fasa itu bermula sejak 2011 seliaan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) dan dijadual siap sepenuhnya September ini sebelum diserah kepada kerajaan negeri.

Zainal Abidin berkata selaras dengan peningkata­n penduduk Pulau Pinang, kerajaan persekutua­n telah meluluskan projek pembesaran Empangan Mengkuang menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) bagi memastikan bekalan air mentah di negeri itu mencukupi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia