Utusan Borneo (Sabah)

Rukun Tetangga pemangkin perpaduan negara

- Oleh JOHAN AZIZ

SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, sejak penubuhan Rukun Tetangga pada 29 Ogos 1975, iamerupaka­nplatformp­enting dalam membantu memastikan setiap dasar kerajaan dapat dijalankan dengan jayanya untuk kemakmuran negara dan kesejahter­aan rakyat.

Katanya, adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak khususnya di peringkat Rukun Tetangga untuk memastikan kemakmuran dan keharmonia­n yang ada ini dapat dikekalkan serta dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

“Secara realitinya, kita telah berjaya membuktika­n kepada dunia bahawa perpaduan dalam kepelbagai­an telah membawa banyak kejayaan serta meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Malam Mesra Perpaduan Bersama Waega RT Daerah ini di Taman Dusun Nyior, Seremban Negeri Sembilan pada Rabu.

Kurup mengambil contoh Malaysia berada di kedudukan tangga ke 29 daripada 163 negara pada tahun 2017 dalam Indeks Keamanan Global (GPI).

Seramai 1,500 warga KRT dan penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai kaum menghadiri program itu.

Sehubungan itu, beliau berharap agar program seperti itu dapat diadakan di setiap negeri bagi mewujudkan semangat perpaduan dan cintakan tanah air.

Katanya, program itu adalah di antara programpro­gram yang dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mewujudkan ‘moments of unity’.

Pada majlis yang sama juga, Kurup turut melancarka­n pin #perpaduan, Skuad Uniti Seremban Zon 2 dan penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil Rukun

 ??  ?? (gambar atas) KURUP (tetangga) mengetuai kempen Kibar Jalur Gemilang bersama para tetamu lain dan ahli Rukun Tetangga pada majlis itu.
(gambar atas) KURUP (tetangga) mengetuai kempen Kibar Jalur Gemilang bersama para tetamu lain dan ahli Rukun Tetangga pada majlis itu.
 ??  ?? KURUP bersama tetamu lain menunjukka­n tanda ‘bagus’ selepas melancarka­n pin #perpaduan.
KURUP bersama tetamu lain menunjukka­n tanda ‘bagus’ selepas melancarka­n pin #perpaduan.
 ??  ?? (gambar kiri) KURUP menyerahka­n Jalur Gemilang kepada salah seorang wakil Rukun Tetangga pada majlis itu.
(gambar kiri) KURUP menyerahka­n Jalur Gemilang kepada salah seorang wakil Rukun Tetangga pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia