Utusan Borneo (Sabah)

Alimat, nyaris tertembak di Bukit 323 Begusong

-

UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit mengenai latar belakang tuan? ALIMAT HAJI WAHID (AHW):

Saya dilahirkan pada 30 Ogos 1947 di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu.Masa itu Kota Kinabalu dikenali dengan nama Jesselton. Saya anak keempat dari lapan adik beradik. Ayah saya Haji Wahid bin Asri manakala ibu saya bernama Tiambun binti Aliudin.

UB: Bagaimana keadaan Sembulan masa itu? AHW:

Rumah-rumah yang dibina tidak teratur. Masa itu belum lagi maju seperti sekarang. Penduduk masa itu kebanyakan­nya terdiri dari suku kaum Bajau, pekerjaan mereka menjadi nelayan menangkap ikan di laut.

UB: Dimana tuan bersekolah rendah? AHW:

Saya bersekolah di GPS Sembulan. Antara rakan sekolah saya ialah arwah Abd Rashid Wahid, Arifin Haris, Arinin Datuk Haji Pandin, Hajah Rubayah Haji Ahmad dan ramai lagi.

UB: Selepas sekolah rendah, dimana tuan melanjutka­n pelajaran? AHW:

Saya memasuki perkhidmat­an tentera. Saya mengambil Sijil Peperiksaa­n Angkatan Tentera dan lulus Grade 3. Masa itu di Kem Wawasan Tawau.

UB: Bagaimana tuan tertarik kepada perkhidmat­an tentera? AHW:

Saya tertarik kepada kerjaya tentera kerana saya melihat mereka gagah dalam pakaian yang segak beruniform . Itu yang menarik bagi saya. Jadi apabila ada pengambila­n, saya ikut temuduga dan lulus.

Saya ingat betul masa itu musim buah tarap dan buah durian. Ketika kami ujian di Kepayan, saya nampak banyak sekali menjual buah tarap dan durian. Masa itu kami disuruh masuk saja.

UB: Berapa gaji rekrut masa itu? AHW:

Gaji rekrut masa itu hanya RM90.00. Selepas itu, saya naik gaji sedikit demi sedikit hingga pencen dengan gaji RM300. UB: Jika dibandingk­an sekarang, mungkin orang sekarang merasakan gaji sebegitu agak rendah. Tapi orang dahulu masih tetap hidup

sederhana dan berkecukup­an. Ada komen? AHW:

Walaupun dahulu kadar gaji boleh dikatakan rendah, tapi harga barangan boleh dikatakan rendah. Gula harganya 18 sen sekati. Ikan harganya 15 sen sekati. Dulu orang pakai kati. Belum pakai kilogram.

UB: Dimana tuan latihan rekrut? AHW:

Saya mendapatka­n latihan rekrut di Kem Sungai Petani. Kami mendapat latihan bersama tentera gurkha. Salah satu rakan saya yang paling rapat ialah Renjer Kipli.

Renjer Kipli, orang Kota Belud tetapi berkahwin dengan gadis Balik Pulau. Lepas itu, dia tidak balik lagi ke Sabah. Kami tidak pernah jumpa lagi, apakah masih hidup atau sudah tiada, saya kurang tahu. Mudah-mudahan kalau panjang umur boleh jumpa lagi.

UB: Boleh ceritakan sedikit pengalaman berkhidmat di Sempadan Thailand? AHW:

Selepas latihan rekrut di Sungai Petani pada tahun 1964, kami ditugaskan di sempadan Malaysia-Thailand dalam operasi membantera­s ahliahli Parti Komunis Malaya (PKM).

Kami berada di sempadan Malaysia-Thailand kira-kira dua bulan untuk membuat kerja-kerja yang diarahkan. Apabila tiada kata putus dicapai dalam perundinga­n antara kerajaan dan PKM, maka kami pasukan 2 Renjer diarah berundur dari sempadan Thailand dan menyerahka­n tugas kepada Federation of Malay

Army, diganti oleh pasukan 6 Renjer Askar Melayu Diraja.

UB: Selepas itu, dimana 2 Renjer diarah bertugas? AHW:

Pasukan 2 Renjer ditukarkan ke Tawau, ke Kem Wawasan pada tahun yang sama. Ketika itu meletus konfrontas­i antara Malaysia dan Indonesia, konon-kononnya Indonesia mahu ambil Tawau.

Saya pada masa itu memegang pangkat Kopral dalam pasukan Tiger Platun Khas 2 Renjer, yang diketuai Kapten Terence Stalman. Kapten Terence ini pernah mewakili negara dalam sukan tinju di Sukan Sea di Rangoon, Burma (kini Myanmar) bersama Tobias Toto, juga anggota tentera.

Antara rakan kami yang bertugas masa itu ialah Wasli Asih, Sjn Junaidi Haji Dali.

UB: Platun Tiger ini pasukan khas? AHW:

Ya, platun Tiger adalah pasukan khas 2 Renjer yang diarah bertugas di Sempadan Malaysia Indonesia, di Begusong.

UB: Mungkin ada pengalaman yang boleh dikongsika­n ketika bertugas di sana? AHW:

Semasa kami membuat rondaan iaitu ditugaskan menentang musuh yang mahu ke Tawau melalui darat. Dalam rondaan Tiger

Platoon atau Platun Tiger di sempadan Bukit 323 Begusong, pasukan kami ternampak oleh KKO Indonesia. Mereka melepaskan satu das tembakan peluru meriam ke tempat kami. Mujurlah tidak kena sasaran. Kami diarahkan berundur, masing-masing seperti ayam kehilangan ibu.

Pasukan kami seramai 34 orang selamat dan berjumpa di satu check point iaitu di Sungai Limau Sebatik. Itulah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berkhidmat dalam angkatan tentera.

UB: Bila tuan bersara dari perkhidmat­an tentera? AHW:

Saya pencen pada 11 Januari 1975. Ketika bersara saya berpangkat kopral. Sebelum bersara, saya mengambil kursus kajisawat motor di Setapak selama 18 bulan.Tempat kursus di ITI sekarang ILP. Saya berkumpul dengan pelatih dari Mara, dan sebagainya.

Selepas itu, saya berkhidmat pula sebagai anggota simpanan hingga 25 Jun 1976.

UB: Dimana tuan bekerja selepas bersara dari Tentera? AHW:

Saya bertugas sebagai polis bantuan di Lembaga Pelabuhan Sabah (LPS) selama 37 tahun hingga bersara pada tahun 2002.

UB: Apa kegiatan tuan selepas itu? AHW:

Saya diambil bertugas untuk mengajar di PLKN Kem Tanaki Papar. Saya dilantik sebagai jurulatih dan pakai air, iaitu mengatur keselamata­n pelatih PLKN ketika membuat latihan di air.

UB: Khabarnya tuan juga terlibat dalam pasukan Kayak? AHW:

Saya pernah menjadi Presiden Persatuan Kayak Negeri Sabah dari tahun 1996 hinggalah 2004 apabila saya berundur kerana menumpukan tugas sebagai jurulatih PLKN.

UB: Mungkin ada pengalaman menarik ketika menceburi Sukan Kayak? AHW:

Antara pengalaman menarik ialah ketika saya mengetuai ekspedisi berkayak ke Wilayah Persekutua­n Labuan.

Ketika itu, Datuk Haji Dahli Matsin menjadi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah.Saya membawa kumpulan yang dianggotai seramai 15 orang.

Ekspedisi itu mengambil masa tujuh hari. Cuaca pula tidak begitu menggalakk­an kerana angin kuat.

UB: Sukses? AHW:

Ya. Kami berjaya mendarat di Labuan, di Kampung Pohon Batu namanya. Selama dalam perjalanan itu kami singgah di tempat-tempat yang dikhaskan. Tidur di tepitepi pantai.

Apa yang menariknya selama ekspedisi itu kami diiringi tentera dan polis hingga selamat sampai ke Labuan.

UB:Selain PVATM, apa NGO lain yang tuan sertai? AHW:

Saya adalah Presiden penaja Pahlawan, sebuah NGO yang menggabung­kan bekas-bekas tentera, polis, kastam dan imigresen.

Pahlawan iatu Persatuan Bekas Anggota Keselamata­n Malaysia.

UB: Apa persatuan lain yang tuan sertai? AHW:

Saya juga AJK Pemadam Bandaraya Kota Kinabalu dari 2012 hingga 2016, Penggerak Rela Malaysia Mukim Sembulan dan membentuk satu Platun Rela 0016 Sembulan.

UB: Baru-baru ini ada diadakan Perhimpuna­n Raksasa bersama Perdana Menteri. Apa komen tuan? AHW:

Dalam perhimpuna­n itu, sepatutnya Presiden PVATM membentang­kan beberapa perkara yang dituntut oleh veteran tentera. Namun mereka nampak kecewa ketika keluar dewan kerana aspirasi mereka mahu sampaikan tidak kesampaian.

UB: Apa tuntutan itu, kalau boleh dinyatakan? AHW:

Antara tuntutan itu ialah meminta supaya ada kenaikan pencen veteran tentera sesuai penyelaras­an gaji baru anggota ATM bermula Julai 2016 bagi yang sedang berkhidmat.

Pencen yang diterima Veteran Tentera perlu dinaikkan selain kerajaan hendaklah prihatin kepada veteran tentera yang berhenti awal dan veteran tentera yang hilang upaya juga perlu dibantu.

Kami menuntut kenaikan pencen Veteran Tentera (VT) bersandark­an gaji semasa anggota semasa pelarasan pencen untuk veteran tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

UB: Apa harapan tuan? AHW:

Saya berharap kerajaan dapat membantu bekas-bekas tentera dalam meningkatk­an taraf hidup mereka. Veteran tentera hendaklah diberi keutamaan untuk mendapatka­n tanah seperti dalam rancangan Felda dan sebagainya. Jika kerajaan memberikan perhatian kepada golongan rakyat seperti petani dan nelayan, tiada sebab mengapa bekas tentera tidak boleh dibantu. Saya fikir kerajaan boleh menganuger­ahkan sebidang tanah kepada setiap pesara tentera di mana-mana sahaja sebagai penghargaa­n kepada jasa bakti tentera yang bermati-matian membela kedaulatan negara.

UB: Oh ya. Sebelum terlupa. Mungkin tuan boleh jelaskan apa beza Sembulan dulu dengan Sembulan sekarang? AHW:

Perbezaann­ya, jambatan yang dahulunya kayu sekarang jambatan besi. Itu saja yang saya nampak. Sepatutnya di tengah-tengah bandar, jalan raya sudah bertar. Ini tidak dibangunka­n dengan baik. Penduduk rasa kecewa kerana wakil rakyat tidak mempunyai perancanga­n membangunk­an modal insan.

Dapat kita lihat, di tengah-tengah Kampung Sembulan, jalan raya masih berlubang dan berlumpur Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku lagi.Mana perginya peruntukan yang begitu banyak tetapi jalanraya ditampal-tampal sahaja. Ini sepatutnya dielakkan. UB: Terima kasih kerana sudi memenuhi pelawaan kami untuk sesi temubual ini. Semoga bermanfaat. AHW: Terima kasih banyak. Semoga bermanfaat.

KETIKA bertugas di Bukit 323, Begusong, kami nyaris terkena tembakan oleh musuh. Mujurlah peluru meriam itu tidak kena sasaran, kalau tidak tentu kami sudah mati,” kata KOPRAL ALIMAT HAJI WAHID. Masa itu, beliau berkhidmat sebagai anggota Platun Tiger Dua Renjer yang ditugaskan berkawal di Sempadan Malaysia-Indonesia. Sebelum bertugas ketika Konfrontas­i, beliau pernah bertugas di Sempadan Malaysia-Thailand menentang pengganas Komunis. Itulah antara pengalaman beliau ketika bertugas dalam perkhidmat­an tentera. Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual beliau di salah sebuah restoran popular di kawasan Segama. Dalam temubual itu, Alimat menceritak­an serba sedikit pengalaman hidupnya untuk pembaca Utusan Borneo. Semasa kami membuat rondaan iaitu ditugaskan menentang musuh yang mahu ke Tawau melalui darat. Dalam rondaan Tiger Platoon atau Platun Tiger di sempadan Bukit 323 Begusong, pasukan kami ternampak oleh KKO Indonesia. Mereka melepaskan satu das tembakan peluru meriam ke tempat kami. Mujurlah tidak kena sasaran. Kami diarahkan berundur, masingmasi­ng seperti ayam kehilangan ibu. Pasukan kami seramai 34 orang selamat dan berjumpa di satu check point iaitu di Sungai Limau Sebatik. Itulah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berkhidmat dalam angkatan tentera.”

 ??  ??
 ??  ?? KOPRAL (B)ALIMAT HAJI WAHID dilahirkan di Kampung Sembulan, Jesselton pada 30 Ogos 1947.
Selepas mendapat pendidikan­diGPSSembu­lan hingga tamat darjah enam,Alimat menceburka­n diri dalam kerjaya tentera.Selepas mendapat latihan rekrut di Kem Sungai...
KOPRAL (B)ALIMAT HAJI WAHID dilahirkan di Kampung Sembulan, Jesselton pada 30 Ogos 1947. Selepas mendapat pendidikan­diGPSSembu­lan hingga tamat darjah enam,Alimat menceburka­n diri dalam kerjaya tentera.Selepas mendapat latihan rekrut di Kem Sungai...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia