Utusan Borneo (Sabah)

Pertahanka­n budaya bangsa

Keharmonia­n seni igal dan sabod’ masyarakat Bajau Semporna

- Oleh MOHD AFIS BIN ISMAIL (Pelatih UMS)

KEUPAYAAN masyarakat Bajau di Semporna mengukir budaya bangsanya ditonjolka­n dalam tarian Igal-Igal.

Tari igal dipersemba­hkan kepada khalayak sebagai simbol budaya Bajau tanpa mengira batas umur. Gerak tari Igal sebagai persembaha­n mempunyai fungsi seperti ritual dan hiburan.

Bagi tujuan perubatan, igal ditarikan seiring dengan irama ‘tagungguk’ dan menggunaka­n alat muzik daripada kulintanga­n, gong dan tambul. Kalang ‘Luguk’ atau mantera Bajau juga dibaca dalam igal sepanjang ritual dijalankan.

Berbeza tujuan dengan hiburan, igal yang ditarikan semasa majlis keramaian dan Mag’LamiLami seperti majlis rasmi Regatta Lepa, majlis perkahwina­n serta kesyukuran yang menghimpun­kan ahli keluarga dan sahabat handai. Tari igal dipersemba­hkan oleh tuan rumah dan tetamu yang hadir di majlis berkenaan sekaligus menjadikan igal sebagai pengerat hubungan sesama keluarga. Dalam persembaha­n gerak tari igal, ‘Sangbai Igal dan Sabod’ adalah elemen bergerak seiringan dan pendorong kepada

penari untuk mempersemb­ahkan Igal di khalayak. Penari akan merasa ketagih atau ‘tinagih’ jika sangbai lebih rancak dan kalang spontan menggambar­kan peribadi penari. Penari dan penyanyi sangbai akan bertahan di gelanggang igal selama 5 hingga 10 minit jika kalang bersesuaia­n. Sabod’ berupa pemberian kepada penari mempersemb­ahkan tarian igaligal di khalayak. Budaya pemberian sabod’ adalah simbol atau tanda hormat daripada tuan rumah kepada tetamu yang sudi menghadiah­kan tarian igal. Biasanya, sabod’ diberi dalam bentuk wang ringgit dan disisipkan di jari penari mengikut kemampuan tuan rumah dalam majlis karamaian.

Mengikut adat kepercayaa­n Bajau terdahulu, sabod bukanlah satu rasuah atau sogok diberi kepada tetamu yang hadir. Ia umpama pemberian ikhlas kerana sesetengah pengunjung datang dari pedalaman semata-mata untuk memeriahka­n majlis keramaian. Wang sabod’ diperolehi secara tidak langsung meringanka­n beban mereka untuk membiayai kos pengangkut­an bas dan perahu. Informan Jumain Umar menganggap pembudayaa­n sabod’ sebagai satu usaha murni untuk memberi penghargaa­n kepada penmemeria­hkan jun g hadir majlis. “Pemberian sabod tidak semestinya dari tuan rumah sahaja, pengunjung lain yang hadir juga boleh memberi sabod’ jika terpegun den- gan gerak tari igal dipersemba­hkan,” jelasnya. Rosminang Jalali melihat sabod’ sebagai pendorong kepada kanak-kanak yang mula belajar untuk mempersemb­ahkan igal.

“Biarpun hanya mendapat sabod’ seringgit, ia menjadi satu kepuasan bagi mereka untuk terus mengalai.

“Selain mendapat hadiah, golongan dewasa gembira apabila melihat kanak-kanak menjinak-jinakkan diri dalam tari igal dan mempertaha­nkan budaya igal tinggalan nenek moyang,” katanya.

Mengikut adat kepercayaa­n Bajau terdahulu, sabod bukanlah satu rasuah atau sogok diberi kepada tetamu yang hadir. Ia umpama pemberian ikhlas kerana sesetengah pengunjung datang dari pedalaman semata-mata untuk memeriahka­n

majlis keramaian.

 ??  ??
 ??  ?? PEMBERIAN sabod’ di jari penari igal. REMAJA perempuan mempersemb­ahkan igal berkumpula­n.
PEMBERIAN sabod’ di jari penari igal. REMAJA perempuan mempersemb­ahkan igal berkumpula­n.
 ??  ??
 ??  ?? ROSMINANG
ROSMINANG
 ??  ?? JUMAIN
JUMAIN
 ??  ?? JUMAIN memberi sabod’ kepada penari Igal.
JUMAIN memberi sabod’ kepada penari Igal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia