Utusan Borneo (Sabah)

Buktikan kekurangan, kakitangan LSNS terima anugerah

- OLEH NURASYIKIN HAMZA (Pelatih UMS)

BERPEGANG

pada pepatah Melayu ‘alah bisa tegal biasa’, seorang kakitangan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) yang cacat penglihata­n mampu menyaingi orang biasa apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) LSNS 2016.

Penjawat awam berasal dari Kudat, Peter Gumba @ Agaram, 59, membuktika­n beliau mampu berkerja seperti orang biasa biarpun pergerakan­nya terbatas.

Katanya kekurangan diri bukanlah halangan untuk beliau melakukan tugas sambil lewa. Malah, ia menjadi kekuatan baginya melakukan tugas yang sempurna secara konsisten.

“Sepanjang perkhidmat­an saya selama 33 tahun di sini, saya tidak pernah mengenal erti putus asa dan berusaha memastikan tugas adalah yang terbaik.

“Saya juga menerima keadaan diri dan percaya dengan kekuasaan Tuhan sehingga saya dapat melaksanak­an tugas saya dengan baik,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Penganuger­ahan Perkhidmat­an Cemerlang LSNS 2016, di Kota Kinabalu pada Khamis.

Berkongsi mengenai cabaran bekerja tanpa pancainder­a, Peter berkata beliau perlu berusaha dua kali ganda berbanding orang lain dalam menyelesai­kan sesuatu tugasan.

“Namun saya menganggap kesusahan itu satu perkara yang biasa apabila kita bekerja. Pekerja yang sempurna fizikal turut mengalami kesukaran apa lagi dibandingk­an dengan saya yang kehilangan deria penglihata­n,” jelasnya.

Beliau yang mengalami cacat penglihata­n sejak berusia lima tahun ini, membuktika­n stigma masyarakat bahawa orang kelainan upaya (OKU) sepertinya tidak mampu berkhidmat dengan baik adalah salah.

Beliau yang mula bertugas di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 2 Mei 1984 ini melahirkan perasaan teruja dan terkejut selepas menerima anugerah berkenaan.

Turut berkongsi kegembiraa­n adalah atlet lari berpagar negara Rayzam Shah Wan Sofian, 29, yang menyifatka­n Anugerah Khas itu sebagai penghargaa­n atas usaha kerasnya dalam bidang sukan selama ini.

Atlet yang berasal daripada Keningau itu, merekodkan beberapa kejayaan antaranya adalah memecahkan rekod kebangsaan pada 2007 dalam acara 110 Meter berpagar di Kejohanan Kurpflaz Gala, Jerman.

Mengenai persediaan­nya untuk Temasya Sukan Sea Kuala Lumpur pada bulan ini, Rayzam menyasarka­n pingat emas.

“Kali terakhir saya memenangi pingat emas adalah semasa Sukan Sea 2007. Selepas 10 tahun, saya perlu memenangi pingat emas sekali lagi,” katanya.

Menurutnya, persediaan bagi menghadapi Sukan Sea berjalan lancar dan beliau akan berangkat ke Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menjalani latihan akhir menjelang Sukan Sea.

Kedua-dua penerima anugerah ini memperoleh sijil penghargaa­n dan wang yang akan dikreditka­n ke akaun mereka.

Di majlis itu, Peter antara 11 kakitangan LSNS yang menerima APC berkenaan.

 ??  ?? PETER GUMBA bersama sijil penghargaa­nnya.
PETER GUMBA bersama sijil penghargaa­nnya.
 ??  ?? RAYZAM SHAH bersama sijil penghargaa­nnya.
RAYZAM SHAH bersama sijil penghargaa­nnya.
 ??  ?? RAYZAM SHAH menerima anugerah.
RAYZAM SHAH menerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia